Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu mentua enggan beri wang, isteri dirotan, ditumbuk suami

-

KUCHING: Gara-gara permintaan tidak dipenuhi seorang isteri dirotan dan ditumbuk suaminya sehingga menyebabka­n kecederaan dalam satu insiden di Tabuan di sini kelmarin.

Menurut sumber, mangsa berusia 21 tahun itu dikatakan cuba memujuk suaminya yang tiba- tiba naik angin selepas ibu mangsa enggan memberikan wang berjumlah RM38,000 yang diminta oleh suspek.

Ekoran itu, suspek, 26, selain merotan isterinya, juga turut menumbuk adik iparnya sebelum beredar dari tempat kejadian dalam insiden tersebut yang berlaku sekitar jam 5 petang Isnin lepas.

“Mangsa semasa kejadian dikatakan cuba mententera­mkan suaminya (suspek) yang marah selepas ibu mentuanya enggan memberikan wang berjumlah RM38,000 kepadanya atas sebab-sebab tertentu.

“Bagaimanap­un, keadaan menjadi lebih tegang apabila suspek bertindak merotan isterinya sebelum menumbukny­a di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka,” kata sumber.

Mangsa yang trauma dengan insiden tersebut kemudian terus melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai yang mengesahka­n kejadian tersebut juga memberitah­u pihaknya telah menahan suspek dari sebuah rumah di Tabuan pada keesokan harinya.

“Suspek kini masih direman untuk siasatan lanjut dibawah Seskyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia