Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid indah, pengisian mesti indah: Ahmad Zahid

Masyarakat Islam diingat agar menyeimban­gkan antara keindahan fizikal masjid dengan keindahan pengisiann­ya

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Masyarakat Islam di negeri ini amnya dan kawasan Tupong khasnya diingatkan agar menyeimban­gkan antara keindahan fizikal masjid dengan keindahan pengisiann­ya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, masjid harus dimanfaatk­an sebagai tempat perkembang­an dan perkongsia­n ilmu selain sebagai pusat mencambahk­an perpaduan dan kesepaduan ummah.

Katanya menjadi satu kerugian seandainya institusi agama itu hanya sekadar gah daripada aspek pembanguna­n fizikal namun tidak digunakan sebaiknya.

“Peranan dan fungsi masjid haruslah diaktifkan tidak hanya sebagai tempat bersolat semata-mata tetapi juga tempat melaksanak­an aktiviti khususnya program kemasyarak­atan dan program keilmuan.

“Justeru, kita perlu mengimarah­kan masjid sebagai platform penyeimban­gan antara ilmu duniawi dan ukhrawi kerana solat itu se-

Peranan dan fungsi masjid haruslah diaktifkan tidak hanya sebagai tempat bersolat semata-mata tetapi juga tempat melaksanak­an aktiviti khususnya program kemasyarak­atan dan program keilmuan.

bagai pelaburan akhirat manakala pada masa sama kita juga harus mengambil kira untung nasib di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Darul Husni Warrahmah di masjid itu di Taman Hussein di sini semalam.

Turut hadir Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dan bekas ADUN Tupong Datuk Daud Abdul Rahman.

Katanya umat Islam juga perlu ada di barisan hadapan dan mempamer cerminan umat paling maju dengan mencapai keamanan serta menolak kemiskinan supaya imej negatif terhadap agama Islam dapat diubah.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya selaku Penaung Masjid Darul Husni Warrahmah Datuk Seri Fadillah Yusof amat berterima kasih khususnya kepada para penyumbang yang memberi sumbangan bagi menaik taraf masjid tersebut.

“Juga kepada bekas ADUN Tupong Datuk Daud yang menjadi tulang belakang dan orang belakang tabir pelaksanaa­n pembinaan masjid ini sehingga ia berjaya siap sepenuhnya.

“Saya yakin dan percaya penduduk di sekitar kawasan masjid ini sudah pasti akan memanfaatk­an masjid ini dengan sebaiknya pada masa akan datang,” jelasnya.

Pada majlis itu, Zahid turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM500,000 menerusi Yayasan Darul Al-Falah untuk tujuan pembinaan fizikal tambahan masjid berkenaan.

Masjid Darul Husni Warrahmah pada asalnya dibina pada 1988 sebelum digantikan dengan struktur konkrit berbentuk oktagon sekitar 1990 dan mendapat gelaran ‘surau hijau’ oleh masyarakat Petra Jaya ketika itu.

Ia mula dinaik taraf pada penghujung 2014 dan siap sepenuhnya pada Jun 2016 dengan kos pembinaan berjumlah RM4.3 juta hasil peruntukan kerajaan pusat, kerajaan negeri dan sumbangan wakaf serta mampu menampung kira-kira 1,200 jemaah dalam satu masa.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha, Pengerusi Masjid Darul Husni Warrahmah Hamdan Sharbini dan Imam Besar Negeri Datuk Jorgi Suhaili.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia