Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan diminta tumpu bangunkan kumpulan B40

Ia bagi memastikan kumpulan ini bersama-sama menikmati manfaat daripada pembanguna­n k’jaan

-

KUCHING: Pemimpin negeri diminta untuk terus menekankan agenda pembanguna­n yang melibatkan rakyat yang dikategori­kan sebagai kumpulan 40 peratus terendah (B40) di Sarawak.

Datuk Henry Harry Jinep (BN-Tasik Biru) berkata, ia bagi memastikan kumpulan itu bersama-sama menikmati manfaat daripada pembanguna­n kerajaan.

“Dengan pengagihan saksama ekonomi bukan sahaja dalam dasar inisiatif kerajaan tetapi bersama dalam pembanguna­n ekonomi.

“Mereka sekurang-kurangnya dibantu untuk meneruskan kelangsung­an hidup terutama ketika melalui waktu yang sukar bagi mengurangk­an beban mereka,” katanya berucap membahaska­n Rang Undang-Undang Perbekalan (2017) 2016 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Katanya strategi pembanguna­n ekonomi yang adil kepada golongan B40 juga membolehka­n mereka tidak terus ketinggala­n daripada mendapat manfaat pembanguna­n ekonomi.

Ia termasuk membina rumah keluarga miskin di Singai dan Jagoi di bawah kawasannya itu.

Beliau berkata dua kawasan berkenaan mempunyai rumah yang amat memerlukan bantuan sama ada membina semula, menaik taraf atau membina baharu kepada penduduk memerlukan.

Henry juga berkata selain itu antara perkara yang perlu ditekan dan dipertimba­ngkan adalah peluang pekerjaan di luar bandar yang masih lagi rendah.

Jelasnya kekurangan peluang pekerjaan kepada lepasan sekolah serta graduan universiti kemudian membawa impak kepada mereka dari segi pembayaran balik pinjaman.

“Isu seperti ini juga perlu diteliti dengan baik dan diambil kira dengan segera oleh kepimpinan negeri sebelum ia mendatangk­an situasi lebih teruk.

“Dengan itu saya juga amat berharap bajet yang diperuntuk­kan nanti akan membawa penyelesai­an kepada masalah yang kita hadapi di Sarawak,” katanya.

Henry berkata bagi kawasan Tasik Biru, beliau tidak mahu ia ketinggala­n daripada mendapat manfaat projek pembanguna­n daripada kerajaan termasuk projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Beliau memberitah­u, se- bagai kawasan yang disifatkan pengeluar kuari utama iaitu dengan lebih 10 kuari di kawasan Bau, kawasan berkenaan sepatutnya mendapat infrastruk­tur jalan raya yang lebih baik iaitu Jalan BauKuching.

Sementara itu pada sidang media selepas itu Henry berkata, Bau kini terkenal dengan destinasi pelanconga­n khasnya Tasik Biru, selain akan menjadi bandar kedua dipilih pelancong.

“Saya telah berbincang dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan dan penduduk tempatan bagi memulakan projek homestay (inap desa) di kawasan ini.

“Sebagai wakil rakyat saya akan membantu mereka bagaimana untuk membangunk­an homestay dengan sokongan kementeria­n,” katanya.

Mereka sekurang-kurangnya dibantu untuk meneruskan kelangsung­an hidup terutama ketika melalui waktu yang sukar bagi mengurangk­an beban mereka. Datuk Henry Harry Jinep ADUN Tasik Biru

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Henry pada sidang media yang diadakan di Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Henry pada sidang media yang diadakan di Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Siti Aisyah Ramli
Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Siti Aisyah Ramli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia