Utusan Borneo (Sarawak)

Masih banyak kawasan di Engkilili belum nikmati infrastruk­tur asas

-

KUCHING: Masih banyak kawasan luar bandar di Engkilili belum menikmati infrastruk­tur asas yang lebih baik seperti jalan raya, sekolah, klinik, bekalan air terawat dan elektrik.

Justeru Dr Johnichal Rayong Ngipa (UPP-Engkilili) mencadangk­an langkah-langkah transforma­si utama diberi perhatian dan melibatkan beberapa aspek antaranya jalan-jalan akses, Bekalan Air Luar Bandar ( BALB), sekolah usang, status Engkilili-Skrang dan pembinaan klinik baharu di Skrang.

“Saya meminta projek cadangan fasa dua Jalan Ulu Skrang dari Ng. Murad ke Rumah Rantai, Lepong Kepayang dilaksanak­an segera.

“Saya menggesa pihak bertanggun­gjawab mengambil langkah segera kerana geran untuk projek itu telah disediakan, maka tiada sebab kenapa projek itu tertangguh,” katanya ketika membahas Bajet Negeri 2017 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurutnya pelaksanaa­n BALB di Engkilili perlu di beberapa kawasan seperti San Semanju (SK San Semaju, RN Engkabi, San Semanju, SK Ridan, Rumah Sujan Semueh, Rumah Samai Semueh dan Rumah Anding Semueh Lama).

Beliau turut mencadangk­an agar projek BALB diperluask­an ke Nibong, Bunu Beging, Titok, Berenggang, Gelong dan rumah panjang baharu sepanjang San Semanju/Persimpang­an Jalan Lubok Antu.

“Usaha menaik taraf pekan Engkilili kepada daerah perlu diberi perhatian ekoran penambahan pantas penduduk setempat. Kemudahan asas sudah disediakan di situ antaranya sekolah rendah dan menengah, pusat kesihatan, pejabat daerah, pejabat pertanian, balai polis dan Majlis Daerah Lubok Antu.

“Manakala menaik taraf Skrang kepada daerah kecil Engkilili pula akan mempercepa­tkan pembanguna­n dan pentadbira­n Skrang termasuk kawasan sekitarnya,” jelas Dr Rayong.

Menyentuh kesukaran dihadapi penduduk di kawasannya membayar bil-bil utiliti dan transaksi kewangan, beliau mahu sebuah pejabat pos dan sebuah bank iaitu Agro Bank dibina di pekan Engkilili.

Beliau turut menggesa pembinaan Pusat Kesihatan Skrang yang baharu dipercepat­kan kerana klinik lama akan diroboh dalam waktu terdekat ini bagi memberi laluan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Saya difahamkan Jabatan Tanah dan Survei telah mengenal pasti tapak, sekarang menunggu kerajaan dan pihak berkuasa berwajib memulakan kerja-kerja membina pusat kesihatan untuk Skrang,” katanya.

 ??  ?? DR RAYONG
DR RAYONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia