Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan pergiat industri petrokimia berasaskan gas

Kerajaan dan Petronas sedia kajian Pelan Induk Petrokimia meliputi perairan negeri termasuk Samalaju

-

KUCHING: Kerajaan negeri kini giat mengusahak­an industri petrokimia berasaskan gas (PetChem), kata Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi.

Menurutnya, kerajaan negeri dengan kerjasama Petronas kini juga sedang menyediaka­n kajian Pelan Induk Petrokimia meliputi kawasan perairan negeri termasuk Samalaju.

“Kajian yang sedang dilaksanak­an itu mengambil kira aspek teknikal, komersial dan kebolehlak­sanaan ekonomi ter- hadap pembanguna­n petrokimia di negeri ini.

“Antara lain, kajian itu juga dijangka bertujuan mengenal pasti dan mengesyork­an hiliran industri minyak dan gas yang bersesuaia­n yang boleh diterokai kerajaan dengan lebih mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Aidel Lariwoo (BN-Sadong Jaya) dan Ripin Lamat (BNLambir) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Katanya melihat kepada komposisi gas dengan kandun- gan metana yang tinggi, maka itu ammonia dan methanol merupakan pilihan berdaya maju untuk industri PetChem di Sarawak.

“Pada masa ini, 100 peratus daripada sumber minyak dan 93 peratus daripada sumber gas kita dieksport dalam bentuk mentah seperti minyak mentah dan cecair gas asli (LNG).

“Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan industri hiliran yang mantap untuk meningkatk­an penyertaan dalam rantaian nilai lebih tinggi sekali gus mewujudkan pembanguna­n berterusan ketika sumber sedang menurun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Julaihi turut memberitah­u, Sarawak perlu mencontohi negara Jepun dan Korea Selatan sebagai negara yang berjaya dalam industri PetChem meskipun kedua-dua negaraitut­idakmemili­kisumber minyak dan gas asli.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Abdullah Saidol (BN-Semop), katanya, antara produk yang boleh dikembangk­an menerusi industri PetChem ialah dalam bidang perindustr­ian dan komersial termasuk dalam mengecat serta tekstil.

Kajian yang sedang dilaksanak­an itu mengambil kira aspek teknikal, komersial dan kebolehlak­sanaan ekonomi terhadap pembanguna­n petrokimia di negeri ini. Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian (Pelaburan dan Promosi)

 ??  ?? JULAIHI
JULAIHI
 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Siti Aisyah Ramli
Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Siti Aisyah Ramli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia