Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Asal Sarawak kemuka memorandum tuntut hak kewarganeg­araan

-

KUCHING: Orang Asal Sarawak mengemukak­an satu memorandum bagi menuntut hak kewarganeg­araan daripada kerajaan negeri.

Memorandum tersebut diserahkan oleh wakil Orang Asal Sarawak, Mujan Jok kepada Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah.

Bercakap pada sidang media di Bilik Media, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam, Mujan berkata memorandum ini merupakan desakan daripada semua Orang Asal Sarawak agar isu hak kewarganeg­araan dan proses pemberian sijil lahir serta kad pengenalan diberi perhatian serius dan serta-merta.

Menurut Mujan, selama ini Orang Asal Sarawak, khususnya Orang Asal di kawasan pedalaman menghadapi masalah mendapatka­n sijil lahir serta kad pengenalan.

Masalah ini sekali gus menafikan hak kewarganeg­araan mereka sedangkan mereka merupakan kaum peribumi Sarawak dan Malaysia.

“Isu ini telah mengakibat­kan hak-hak mereka sebagai Orang Asal dan rakyat Malaysia tidak diendahkan.

“Mereka tidak dapat pergi ke negara luar walaupun ke Semenanjun­g Malaysia, terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi kerana status mereka setaraf status orang asing, dinafikan hak kemasukan sekolah dan tidak boleh menikmati segala hak mereka sebagai rakyat Malaysia dan Orang Asal Sarawak,” katanya.

Laporan Country Reports on Human Rights PracticesM­alaysia yang dikeluarka­n oleh United States Department of States bertarikh 8 April 2011 melaporkan bahawa kerajaan telah berjanji akan mempercepa­tkan pemberian sijil lahir dan kad pengenalan untuk orang Penan.

Akan tetapi, janji ini tidak dipegang dan sehingga hari ini, beribu-ribu orang Penan dan Orang Asal tidak dapat dokumen kewarganeg­araan mereka.

Tambah Mujan yang juga aktivis isu kad pengenalan di Sarawak, anggaran kasar penduduk yang tidak mempunyai kad pengenalan di Sarawak adalah seramai 30,000 orang dan senarai nama penduduk tanpa kad pengenalan yang ada ditanganny­a adalah seramai 1,500 orang.

Justeru, sebagai Orang Asal dan orang Sarawak, Mujan dan yang lain menuntut supaya sijil dan kad pengenalan segera diberikan kepada Orang Asal Sarawak.

Orang Asal Sarawak juga menuntut proses pemberian sijil lahir dan kad pengenalan harus dipertangg­ungjawabka­n sepenuhnya oleh kerajaan.

Proses permohonan harus dipermudah­kan kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan segala birokasi dan prosedur yang tidak munasabah harus dimudahcar­akan.

Keciciran dokumen dan kelewatan permohonan wajib dipertimba­ngkan selepas mengambil kira cara hidup Orang Asal yang berbeza dengan penduduk bandar.

 ??  ?? TUNTUT HAK: Mujan menunjukka­n memorandum yang diserahkan kepada Fatimah dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Baru Bian di Kompleks DUN di Kuching semalam.
TUNTUT HAK: Mujan menunjukka­n memorandum yang diserahkan kepada Fatimah dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Baru Bian di Kompleks DUN di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia