Utusan Borneo (Sarawak)

Usul pindaan RUU Perlembaga­an Persekutua­n ditolak

Usul DAP ditolak atas beberapa sebab termasuk tidak ikut peruntukan di bawah Perintah Tetap 15

-

KUCHING: Usul Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengarahka­n menteri persekutua­n dari Sarawak membentang­kan pindaan Rang Undang-Undang Perlembaga­an Persekutua­n di Parlimen ditolak DUN pada persidanga­n semalam.

Usul yang dikemukaka­n oleh Wong King Wei (DAPPadunga­n) ditolak Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar atas beberapa sebab termasuk tidak mengikuti peruntukan di bawah Perintah Tetap 15.

“Bagi usul ini diteruskan di bawah Perintah Tetap 15, ia harus mengandung­i tiga perkara iaitu Pasti, Segera dan Kepentinga­n Awam dan tanpa tiga perkara ini ia adalah gagal di bawah Perintah Tetap 15.

“Selain itu, untuk meminda Perlembaga­an Persekutua­n ia terletak sepenuhnya di bawah Parlimen Persekutua­n dan

Bagi usul ini diteruskan di bawah Perintah Tetap 15, ia harus mengandung­i tiga perkara iaitu Pasti, Segera dan Kepentinga­n Awam dan tanpa tiga perkara ini ia adalah gagal di bawah

15. ” Perintah Tetap Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar

usul tidak boleh dibenarkan di bawah Perintah Tetap 23 (6) iaitu tidak ada usul yang kandungann­ya berkaitan senarai persekutua­n harus dibentangk­an,” katanya.

Menurut Asfia juga, usul berkenaan tidak mempunyai keperluan kesegeraan memandangk­an jawatankua­sa teknikal penurunan kuasa akan mempertimb­angkan cadangan bersama Sabah untuk meminda Perlembaga­an Persekutua­n.

Malahan sebelum ini Timbalan Ketua Menteri yang juga ADUN Baleh Tan Sri Datuk Amar James Masing dalam kenyataan pada 21 November 2016 pada Persidanga­n DUN menyatakan bahawa cadangan sedemikian perlu menunggu laporan daripada jawatankua­sa teknikal penurunan kuasa.

Sementara itu, usul Wong menyatakan antara lain usul berkenaan men- genai Mengembali­kan Status Sarawak.

Antara yang terkandung dalam usul terbabit, pindaan Perlembaga­an Persekutua­n pada tahun 1976 telah menurunkan status Sarawak daripada salah satu tiga wilayah yang mengasaska­n Malaysia kepada salah satu daripada 13 negeri.

Wong berkata malahan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan sebelum ini telah mengumumka­n bahawa kerajaan negeri akan membentang­kan usul pada Persidanga­n DUN kali ini bagi menggesa kerajaan persekutua­n mengembali­kan status Sarawak seperti sebelum 1976.

Namun katanya, Adenan telah membuat keputusan mengejut dengan memutuskan kerajaan negeri tidak akan membentang­kan usul berkenaan pada sidang kali ini.

“Maka itu Dewan ini harus menyelesai­kan perkara berkenaan di mana kerajaan negeri perlu mengarahka­n salah seorang menteri persekutua­n dari Sarawak untuk membentang­kan rang undang-undang yang dicadangka­n di Parlimen,” katanya.

 ??  ?? TIDAK PUAS HATI:Wong (tengah) bersama wakil rakyat DAP lain mengadakan sidang media selepas usul dibentangk­an ditolak speaker pada persidanga­n semalam.
TIDAK PUAS HATI:Wong (tengah) bersama wakil rakyat DAP lain mengadakan sidang media selepas usul dibentangk­an ditolak speaker pada persidanga­n semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Siti Aisyah Ramli
Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Siti Aisyah Ramli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia