Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Kapit perlukan laluan jalan keluar bagi melancarka­n lalu lintas

-

KUCHING: Penduduk Kapit melahirkan harapan agar kerajaan negeri dapat menyediaka­n peruntukan bagi membina laluan jalan keluar di Hospital Kapit bagi tujuan melancarka­n pergerakan lalu lintas masuk atau keluar dari hospital itu.

Menurut Jefferson Jamit Unyat (BN-Bukit Goram), laluan sehala sedia ada masa kini menyukarka­n pergerakan keluar sesiapa yang berada di hospital sekiranya berlaku sebarang kecema- san.

“Laluan berputar juga sangat sempit dengan jalan mati. Justeru, amat penting untuk membina jalan keluar dari laluan belakang hospital ( Hospital Kapit) menerusi lembah yang memisahkan hospital dengan SK Methodist Kapit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan bahas Bajet Negeri 2017 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Dalam pada itu, Jefferson turut memohon dan merayu agar sekolah-sekolah di konstituen­si itu tersenarai untuk dibaik pulih seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam pembentang­an bajet itu, barubaru ini.

“Untuk rakyat yang berada di luar bandar, kualiti pendidikan sentiasa memainkan peranan penting bagi membantu keluar daripada kitaran kemiskinan hidup.

“Dengan pengumuman peruntukan berjumlah RM21 juta yang diumumkan dalam pembentang­an Bajet 2017 untuk membaik pulih sekolah usang, penduduk Bukit Goram berharap agar 72 sekolah yang disenarai turut meliputi sekolah-sekolah yang ada di sana.

“Saya juga bersedia membantu kerajaan dalam usaha mengenal pasti sekolah yang dirasakan perlu untuk dibaiki dan dinaik taraf,” jelasnya.

Dalam perbahasan­nya, beliau juga menjelaska­n, dengan kekayaan flora dan fauna, kebudayaan dan alam semula jadi yang dimiliki Kapit, ia menjadikan kawasan itu mempunyai potensi besar sebagai pusat tarikan pelanconga­n.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menubuhkan pejabat Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) di Kapit untuk mengukuhka­n lagi usaha mempromosi produk di Kapit seperti inap desa, bot berkuasa tinggi, Festival Kapit serta Rakit Safari Baleh Kapit.

“Saya percaya Kapit secara beransur-ansur akan muncul sebagai pusat tarikan pelanconga­n di wilayah tengah Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai bekalan tenaga elektrik, menurut Jefferson, kebanyakan rumah panjang di konstituen­si itu masih belum dibekalkan dengan kemudahan elektrik 24 jam.

“Usaha yang lebih giat harus dijalankan supaya masyarakat rumah panjang dapat dihubungka­n dengan grid negeri bagi memudahkan mereka menikmati bekalan elektrik 24 jam tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan negeri menyediaka­n bekalan air bersih dan selamat kepada penduduk rumah panjang yang boleh diakses oleh jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia