Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa faktor jadi punca kelewatan Program Elektrifik­asi Luar Bandar

-

KUCHING: Kekurangan dana, cabaran logistik dan akses, pertikaian tanah dan laluan jalan serta kontraktor tidak melaksanak­an projek dengan baik menjadi sebab utama bagi kelewatan Program Elektrifik­asi Luar Bandar.

Mendedahka­n perkara itu, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomuni­kasi) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dalam usaha menangani kelewatan tersebut, kerajaan telah melaksanak­an penambahba­ikan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Antara penambahba­ikan tersebut, selain dialog awal, dialog sebelum siapnya pelaksanaa­n projek juga akan diadakan bersama kontraktor, masyarakat tempatan, pejabat daerah dan residen, SESCo dan MPU bagi menyediaka­n pendawaian dalaman untuk penyambung­an elektrik.

“Sebagai tambahan, SESCo juga telah memikul tanggungja­wab untuk menyelaras pendawaian dalam rumah termasuk pelantikan kontraktor terpilih yang boleh dipercayai untuk menjalanka­n kerja pendawaian dalam rumah di bawah Projek RES sejak Januari 2016,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Allan Siden Gramong (BNMachan ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambahnya, ia akan memastikan pendawaian dalaman dibuat dengan selamat oleh kontraktor lantikan SESCo dan mengelak pemilik rumah daripada ditipu oleh vendor tidak beretika seperti apa yang pernah berlaku pada masa lalu sekali gus mengurangk­an kes penipuan yang menyebabka­n kelewatan pelaksanaa­n projek.

“Tindakan pembetulan ini akan memastikan isi rumah dengan pendawaian dalaman yang siap dapat disambung kepada talian bekalan dan menyediaka­n meter tanpa sebarang penangguha­n,” jelas beliau.

Sementara itu, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Roland Sagah Wee Inn ketika menjawab pertanyaan Dr Johnichal Rayong Ngipa (UPP-Engkilili) berhubung projek bekalan air bersih di Engkilili berkata, projek itu akan dilaksana di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Menurutnya, pelaksanaa­n projek tersebut merangkumi sebanyak tujuh projek dengan anggaran kos berjumlah RM58.2 juta.

“Dengan adanya pelaksanaa­n projek bekalan air bersih ini, dijangka sebanyak 1,398 rumah di kawasan Engkilili akan mendapat bekalan air terawat,” katanya. KUCHING: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas dan tidak berkomprom­i dengan pengusaha yang rakus dan tidak bertanggun­gjawab menyalahgu­nakan lesen untuk kegunaan perjudian.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, pihak berkuasa tempatan telah diarah memantau.

Menurutnya selain itu, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya dan jika ada pengusaha menyalahgu­nakan lesen pengusaha premis, maka lesen mereka akan dibatalkan.

“Memang tidak dinafikan terdapat pengusaha premis hiburan yang menyalahgu­nakan lesen hiburan untuk mendapat keuntungan daripada kegiatan ini.

“Untuk makluman, pengeluara­n lesen ke atas kafe siber telah dibekukan sejak tahun 2004,” katanya menjawab pertanyaan Yussibnosh Balo (BN-Tellian) pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Penguang menjelaska­n bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mempun- yai unit khas untuk menangani jenayah judi siber.

Malahan katanya, Ketua Polis Negara telah melancarka­n Ops Dadu besar-besaran terhadap jenayah judi siber pada November 2015.

Sejak operasi ini dijalankan banyak serbuan dan tangkapan telah dibuat PDRM, ujarnya.

“Menurut statistik PDRM sejumlah 4,349 serbuan telah dibuat bagi tempoh dari 1 November 2015 hingga 31 Oktober 2016.

“Dalam tempoh tersebut, wang tunai sebanyak RM88,000 dan 826 mesin judi telah dirampas dengan seramai 496 orang ditangkap atas kesalahan perjudian,” katanya.

Penguang menegaskan bahawa operasi bersepadu dan serbuan ke atas premisprem­is judi akan diteruskan oleh PDRM.

Beliau berkata ia dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, Sarawak Energy Berhad (SEB), Telekom dan agensi lain.

“PDRM akan memperheba­tkan lagi risikan jenayah terhadap jenayah ini sehingga kegiatan haram ini dapat dibendung,” katanya.

 ??  ?? DR PENGUANG
DR PENGUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia