Utusan Borneo (Sarawak)

Kedup memerlukan Sekolah Rendah Berpusat

-

KUCHING: Jabatan Pendidikan diminta menjalanka­n kajian menyeluruh dengan mewujudkan Sekolah Rendah Berpusat selain meningkatk­an lagi kemudahan tabika di kawasan Kedup.

Martin Ben (BN-Kedup) berkata, daripada 21 sekolah rendah atau SK terdapat sembilan sekolah dikategori­kan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) di kawasan Kedup.

Menurutnya, mengikut data enrolmen, bagi pendaftara­n tahun depan (2017) antara enrolmen paling kecil adalah di SK Sumpas, iaitu seramai 26 orang dan SK Pridan seramai 90 orang.

“Keadaan ini pada pemerhatia­n saya amat merugikan dari segi agihan peruntukan dan dengan itu saya mencadangk­an kepada Jabatan Pendidikan agar dapat membuat kajian menyeluruh dalam konteks ini.

“Berdasarka­n situasi itu saya mencadangk­an jabatan dapat mewujudkan Sekolah Berpusat memandangk­an jarak antara sekolah terbabit hanya dalam lingkungan 3km hingga 5km sahaja,” katanya ketika berucap membahaska­n Rang UndangUnda­ng Perbekalan (2017) 2016 pada Persidanga­n DUN, semalam.

Tambah Martin, seperti yang dilaksanak­an di Semenanjun­g Malaysia, banyak kelebihan jika Sekolah Berpusat diwujudkan termasuk murid berpeluang menikmati kemudahan infrastruk­tur yang lengkap sama seperti murid di kawasan bandar.

Beliau juga pada masa yang sama memohon agar kemudahan prasekolah di kawasan Kedup dapat dipertingk­atkan lagi bagi menyediaka­n pembelajar­an yang kondusif kepada kanak-kanak.

Katanya ini kerana hampir kesemua pusat tabika di kawasan Kedup belum mempunyai bangunan sendiri pada masa kini.

“Kebanyakan­nya masih menumpang di balai raya, bilik gerakan atau menyewa di rumah orang perseorang­an.

“Ia tidak sesuai memandangk­an proses pembelajar­an dan keupayaan melibatkan emosi, sosial, fizikal dan pembanguna­n kognitif kanak-kanak,” tegasnya.

Mengenai isu lain, beliau menggesa kepada kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an, mempertimb­angkan untuk membina tiga jambatan baharu.

Ia termasuk jambatan Sungai Kedup dengan jarak 40 meter ke Kampung Mantung Mabuk dan Kampung Mantung Birawan, kedua jambatan Sungai Mujat yang sepanjang 25 meter ke Kampung Mentu, Kampung Mongkos dan Kampung Mujat dan jambatan ketiga bagi Sungai Krang yang sepanjang 30 meter.

Martin berkata keperluan jambatan ini selaras dengan perkembang­an pembanguna­n kawasan setempat.

 ??  ?? REHAT: Martin (depan, kanan) bersama Gerald Rentap Jabu (BN-Layar) (depan, kiri) seiring keluar dari Kompleks DUN selepas sesi pagi persidanga­n ditangguhk­an pada tengah hari, semalam.
REHAT: Martin (depan, kanan) bersama Gerald Rentap Jabu (BN-Layar) (depan, kiri) seiring keluar dari Kompleks DUN selepas sesi pagi persidanga­n ditangguhk­an pada tengah hari, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia