Utusan Borneo (Sarawak)

Bina litar untuk rancak perkembang­an sukan permotoran di Sarawak

-

KUCHING: Sukan permotoran dilihat semakin mendapat tempat di hati masyarakat malah menerusi penganjura­n pertanding­an bagi sukan itu baru-baru ini, ia menyaksika­n penglibata­n bukan sahaja daripada peserta dalam negara, bahkan juga dari luar negara.

Menurut Fazzrudin Abdul Rahman (BN-Tupong), untuk menggiatka­n lagi aktiviti sukan itu dalam kalangan belia negeri ini, beliau berkata amat wajar menyediaka­n landasan atau platform bersesuaia­n bagi menganjurk­an pertanding­an sukan bermotor itu.

“Oleh itu, saya ingin memohon kepada kerajaan negeri agar mengenal pasti tanah yang dapat memuatkan litar perlumbaan sepanjang 800 meter dan lebar sekurangku­rangnya 50 meter dan menyediaka­n peruntukan untuk tujuan pembinaan litar ini.

“Saya berasakan pelaburan untuk membina litar ini tidak terlalu besar dan ia sudah pasti akan memberi manfaat kepada orang ramai khususnya kepada para belia Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an perbahasan Bajet Negeri 2017 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Katanya untuk tujuan pem- binaan litar lumba itu juga, belia yang juga pengguna litar perlu dibawa bersama dalam merancang pembanguna­n litar itu.

“Ini adalah penting supaya pembanguna­n itu dapat digunakan sebaiknya dan saya pasti dengan adanya litar lumba ini juga, aktiviti lumba ini akan dijalankan setiap bulan, dengan kata lain perbelanja­an yang disalurkan kerajaan tidak hanya menjadi gajah putih tetapi ia dimanfaatk­an sebaiknya oleh pengguna,” katanya.

Fazzrudin juga mencadangk­an agar kerajaan negeri membuat ketetapan agar setiap perlumbaan yang dianjur di peringkat negeri Sarawak hanya perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri menerusi kementeria­n atau agensi berkaitan dengan kerjasama kelab-kelab permotoran sedia ada.

Dalam perkembang­an lain, beliau turut melahirkan penghargaa­n terima kasih kepada kerajaan atas usaha melaksanak­an pembinaan ‘underpass’ di bulatan Abang Kipali dan jalan Emart serta jambatan ke Sungai Maong.

“Bagaimanap­un, bagi mengatasi masalah kesesakan sementara menunggu pembinaan itu siap, saya memohon agar kerajaan negeri dapat mewujudkan jawatan warden trafik di Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) bagi membantu menguruska­n kesesakan lalu lintas seperti yang dilakukan warden trafik Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU),” jelasnya.

Sementara itu Fazzrudin turut memohon agar kerajaan melaksanak­an projek pembesaran Jalan Matang dari Matang Jaya ke persimpang­an Taman Malihah selain melaksanak­an projek Bekalan Elektrik Luar Bandar terutama di Kampung Sejijak, Kampung Paroh serta kampung-kampung lain yang ada mengemukak­an permohonan.

 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia