Utusan Borneo (Sarawak)

Tapak lama SMK Sedaya dicadang jadi Kolej Latihan Vokasional dan Teknikal

-

KUCHING: Allan Siden Gramong ( BN- Machan) mencadangk­an tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sedaya di Kanowit dijadikan sebagai Kolej Latihan Vokasional dan Teknikal.

Menurutnya dengan demikian ia akan memberi manfaat kepada masyarakat dan kawasan sekitar dalam melahirkan modal insan serta tenaga kerja berkemahir­an.

“SMK Sedaya telah berpindah ke lokasi baharu dan tapak lama ini mempunyai kawasan pekarangan luas serta masih dibiarkan begitu sahaja.

“Sebelum ia dijadikan sebagai sekolah menengah yang bermula pada 1958, tapak berkenaan telah digu- nakan sebagai pusat latihan luar bandar di mana penduduk setempat mempelajar­i asas perdaganga­n seperti menjahit, pertukanga­n dan sebagaiya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahas Rang Undang-Undang Perbekalan (2017) 2016 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Allan pada masa yang sama turut memohon kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan untuk membina lebih banyak tempat letak kereta di pekan Kanowit yang kini tidak mencukupi serta menjadi masalah utama pada musim perayaan atau hujung minggu.

Tambahan ujarnya, kini kebanyakan rumah panjang di sekitar sudah dihubungi jalan raya dan lebih ramai yang menggunaka­n kereta atau motosikal ke pekan itu.

“Tidak lama lagi iaitu pertengaha­n 2017, Jambatan Kanowit akan siap dan ia akan menyaksika­n lebih banyak kereta ke kawasan pekan ini.

“Saya berasakan keperluan untuk menambah ruang tempat letak kereta ini amat diperlukan segera dan saya menggesa kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan untuk meneliti perkara ini bersama Majlis Daerah Kanowit,” tegasnya.

Allan juga berharap kerajaan merangka formula bagi membolehka­n pemilik tanah atau penduduk tempatan memiliki syer ekuiti dalam kilang kelapa sawit dan perladanga­n usaha sama NCR.

“Terdapat dua lagi blok sudah dikenal pasti dan diperuntuk­kan untuk projek usaha sama NCR iaitu di Leseh dan Majau-Poi, dengan masing-masing melibatkan 7,000 hektar.

“Namun sehingga kini masih belum ada tanda berlaku sesuatu pembanguna­n di kawasan berkenaan dan ia telah berlaku sehingga pemilik mempersoal­kan status cadangan projek,” katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar agar menekankan isu itu pada persidanga­n kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia