Utusan Borneo (Sarawak)

Kehadiran bot nelayan asing jejas nelayan tempatan

-

KUCHING: Kehadiran kapal dan bot nelayan asing di perairan Sarawak menjejaska­n pendapatan nelayan tempatan serta bekalan ikan tempatan.

Sehubungan itu, Awla Deris ( BN- Simunjan) menggesa pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap kapal dan bot nelayan asing ini.

Jika tindakan tegas tidak diambil, beliau bimbang aktiviti penangkapa­n ikan secara haram di perairan Sarawak akan berleluasa serta menjejaska­n masa depan nelayan tempatan.

“Selain masalah kehadiran kapal dan bot nelayan asing secara haram, terdapat juga keluhan daripada rakyat di kawasan saya iaitu Simunjan berhubung lori membawa lebih muatan balak mahupun kelapa sawit.

“Malah ada kemungkina­n lori-lori dengan muatan berlebihan ini beroperasi secara haram atau lori hantu.

“Kehadiran lori- lori ini bukan sahaja menyebabka­n kerosakan jalan raya malah turut mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya dalam perbahasan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memasuki hari keempat semalam.

Susulan permasalah­an ini, Awla menggesa pihak berkuasa dan berwajib untuk mengambil tindakan tegas selain mengadakan rondaan lebih kerap terhadap perkara ini.

Berhubung permohonan rakyat dari kawasan Simunjan, Awla memohon pihak berkenaan bersama dengan pemaju bagi Pusat Pekan Baharu Simunjan memulakan pembanguna­n segera yang mungkin.

Katanya, tapak bagi membangunk­an Pusat Pekan Baru Simunjan ini sudah dikenal pasti dan beliau berharap kerjakerja pembanguna­n akan dapat disegeraka­n demi kepentinga­n rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia