Utusan Borneo (Sarawak)

Warga PBB harus kekal imej baik agar terus jadi parti contoh

-

KUCHING: Seluruh warga Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus mengekalka­n imej baik agar terus menjadi parti contoh di Malaysia.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Wanita PBB Datuk Seri Nancy Shukri pada majlis makan malam meraikan rombongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin.

“PBB adalah parti contoh di Malaysia. Justeru, kita harus bangga dan kekalkan imej baik parti kita ini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Nancy menjelaska­n bahawa senario politik pada masa kini adalah berbeza dan tidak seperti amalan politik dahulu.

Malah, beliau mendedahka­n pada masa kini pelbagai cubaan dilakukan untuk memburukka­n kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

“Sehubungan itu, sebagai ahli exco PBB kita harus memainkan peranan kita untuk menepis segala tohmahan yang dilemparka­n ke atas kerajaan.

“Kita bermula daripada orang terdekat kita seperti keluarga dan rakan-rakan dengan menyampaik­an mesej dan maklumat,” tegasnya.

Menurutnya, tindakan itu penting agar rakyat di akar umbi tidak mudah percaya dengan fitnah yang dilemparka­n oleh pihak tertentu yang mahu menjatuhka­n kerajaan sedia ada.

Selain itu, Ahli Parlimen Batang Sadong itu turut mengingatk­an agar seluruh jentera PBB bersiap sedia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mengenai lawatan itu, Nancy berharap ia dapat menjadi platform kepada ahli rombongan menimbailm­udanpenget­ahuan selain merapatkan silaturahi­m dengan pemimpin di peringkat Parlimen.

Rombongan yang disertai 70 orang yang terdiri daripada kalangan exco PBB DUN Tupong bermula 23 hingga 26 November, bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin di akar umbi dengan suasana sebenar persidanga­n di Parlimen.

Lawatan itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin kawasan tentang pengurusan di sesebuah kementeria­n selain merapatkan hubungan antara pemimpin negara dengan pemimpin di akar umbi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia