Utusan Borneo (Sarawak)

Had minimum kos projek boleh diberi geran diturunkan kepada RM500,000

-

KUCHING: Kerajaan negeri menurunkan had minimum kos projek yang boleh diberi geran daripada RM2.5 juta kepada RM500,000.

Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an, Perdaganga­n dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia telah dipersetuj­ui Unit Pembanguna­n Agenda Bumiputera (TERAJU).

“Menteri Muda Pembanguna­n Keusahawan­an Datuk Mohd Naroden Majais sudah berjaya dalam usaha beliau untuk memujuk TERAJU agar menurunkan had tersebut kepada RM500,000 selepas ray- uan dikemukaka­n,” katanya pada sidang media di Kompleks DUN di sini, semalam.

Tambah beliau, menerusi inisiatif yang dipanggil Dana Fasilitasi (Facilitati­on Fund), syarikat atau usahawan dapat menerima geran sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada jumlah kos projek.

Beliau yang juga Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua, berkata keputusan itu bertujuan memberi peluang kepada lebih banyak syarikat Bumiputera menyertai projek dan mendapat faedah daripada inisiatif tersebut.

“Perkara ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mem- bahagikan kekayaan di seluruh negeri ini.

“Geran yang diterima oleh syarikat boleh dibelanja untuk melaksanak­an projek, selain membeli peralatan atau jentera.

“Geran yang diberi oleh TERAJU tidak perlu dibayar balik selagi ia dapat memberi faedah ekonomi kepada masyarakat sekitar,” katanya.

Dana Fasilitasi disediakan menerusi kerjasama TERAJU dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), sebuah agensi di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Setakat ini, kata Awang Tengah sebanyak RM200 juta sudah dikeluarka­n oleh TERAJU daripada bantuan berjumlah RM2 bilion untuk menjayakan inisiatif berkenaan di Sarawak.

“Sejak 2012, TERAJU dan MIETI (Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an, Perdaganga­n dan Pelaburan) sudah meluluskan RM144 juta bagi 48 buah syarikat Bumiputera Sarawak menerusi pelaburan swasta berjumlah RM983 juta.

“Pelaburan swasta menerusi bantuan inisiatif Dana Fasilitasi sudah menyediaka­n 1,700 pekerjaan di seluruh Sarawak,” katanya.

 ??  ?? LEBIH BANYAK PELUANG: Awang Tengah (duduk, dua kiri) menyatakan dengan penurunan had minium membolehka­n ramai usahawan menerima geran. Turut kelihatan Naroden (duduk, dua kanan) serta yang lain pada sidang media di Kuching, semalam.
LEBIH BANYAK PELUANG: Awang Tengah (duduk, dua kiri) menyatakan dengan penurunan had minium membolehka­n ramai usahawan menerima geran. Turut kelihatan Naroden (duduk, dua kanan) serta yang lain pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia