Utusan Borneo (Sarawak)

Reka bentuk Muzium S’wak berciri keharmonia­n

Reka bentuknya menunjukka­n suasana hidup masyarakat negeri ini, kata Abang Johari

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Bangunan Kompleks Muzium Sarawak yang baharu yang mempunyai reka bentuk bercirikan keharmonia­n dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada sidang media selepas lawatan ke tapak bangunan Kompleks Muzium Sarawak baharu dan mesyuarat bersama kontraktor terlibat di Jabatan Muzium Sarawak di sini semalam.

“Pembinaann­ya sudah bermula dan dari segi fizikal bangunan ia dijangka siap pada 2019 manakala termasuk artifak yang akan dipamerkan pula ia dijangka siap sepenuhnya pada 2020,”kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan itu.

Mengulas lanjut mengenai kompleks muzium baharu itu, Abang Johari berkata ia mempunyai reka bentuk bercirikan keharmonia­n yang menunjukka­n suasana hidup masyarakat di negeri ini.

“Kita telah berbincang mengenai masa depan muzium ini dan hasrat kerajaan adalah supaya muzium baharu nanti akan menjadi muzium yang tersohor di rantau ini,” tambahnya.

Beliau berkata muzium yang terdapat di negeri ini merupakan yang terbaik di Asia Tenggara dari segi koleksi artifak.

Namun, dari segi pameran, beliau mendedahka­n terdapat sedikit kelemahan dan sebab itulah kerajaan melabur sejumlah peruntukan untuk membina kompleks muzium baharu tersebut.

Menteri Perumahan dan Urbanisasi itu turut menjelaska­n bahawa Kompleks Muzium Sarawak baharu akan mempunyai pusat penyelidik­an serta dihubungka­n dengan bangunan muzium lama.

Malah, katanya jejantas berciri kehijauan juga akan dibina baharu bagi menghubung­kan bangunan muzium baharu itu dengan bangunan muzium lama.

Selain itu, beliau memberitah­u bahawa kawasan pejalan kaki juga akan ditambah baik bagi membolehka­n pengunjung terutama pelancong asing melawat bangunan bersejarah di sekitar bandar raya ini tanpa perlu menggunaka­n kenderaan.

“Kompleks Muzium Sarawak baharu ini akan dihubungka­n dengan bangunan muzium lama, Rumah Mahkamah Lama, Kubu Margherita dan bangunan bersejarah lain serta Dewan Undangan Negeri ( DUN) lama yang akan diubah suai menjadi pusat kesenian,” ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­nPelancong­an, Kesenian dan Kebudayaan Datu Ik Pahon Joyik, Pengarah Jabatan MuziumSara­wakIpoiDat­andan tetamu kehormat lain.

Pembinaann­ya sudah bermula dan dari segi fizikal bangunan ia dijangka siap pada 2019 manakala termasuk artifak yang akan dipamerkan pula ia dijangka siap sepenuhnya pada 2020. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? UNIK: Abang Johari (dua kanan) ditemani (dari kanan) Ipoi dan Pahon bersama tetamu kehormat lain menunjukka­n reka bentuk Kompleks Muzium Sarawak baharu.
UNIK: Abang Johari (dua kanan) ditemani (dari kanan) Ipoi dan Pahon bersama tetamu kehormat lain menunjukka­n reka bentuk Kompleks Muzium Sarawak baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia