Utusan Borneo (Sarawak)

Ngu’s Motor lancar Proton Ertiga, hasil kerjasama Proton-Suzuki

-

SIBU: Ngu’s Motor Service Sdn Bhd telah melancarka­n model terbaharu Proton Ertiga di premisnya di Jalan Salim, semalam.

Pelancaran itu disempurna­kan bersama Pengarah Urusan Dato Sri Peter Ngu Ung Yong dan Pengarah Eksekutifn­ya Datin Sri Esther Kong. Hadir sama ialah Pengurus Besarnya Jeffrey Ngu.

Sementara itu, Jeffrey ketika ditemui pemberita selepas pelancaran tersebut berkata, kewujudan Proton Ertiga kerjasama antara Proton dan Suzuki melalui model MPV Ertiga.

“Ini permulaan kepada jalinan usaha sama berterusan lebih mendalam melalui perkongsia­n kepakaran termasuk pembanguna­n model, platform, penjana kuasa dan teknologi automotif bagi menghasilk­an model baharu kenderaan Proton dengan rekaan dan teknologi tersendiri,” katanya.

Menurutnya, ini merupakan satu perkembang­an yang baik dalam memastikan kesinambun­gan Proton dalam dunia automotif lebih- lebih lagi kerjasama antara Proton dan Suzuki.

“Kali ini Proton sekali lagi berkalabor­atif dengan satu lagi jenama terkenal dari Jepun iaitu Suzuki.

“Proton Ertiga merupakan MPV bersaiz kompak di bawah abangnya Proton Exora. Di pasaran Malaysia, ia bersaing dengan model seperti Perodua Alza, Toyota Avanza dan Sienta serta Grand Livina.

“Proton Ertiga merupakan kenderaan pertama keluaran Proton menerima penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Satu kelebihan berbanding pesaingnya yang lain,” ujarnya.

Dalam kenyataan media mengenai Proton Ertiga ini, secara umum Proton Ertiga ditawar dalam tiga variasi iaitu Ertiga 1.4 Executive MT, Ertiga 1.4 Executive AT dan Ertiga 1.4 Executive Plus AT.

Ia boleh didapati dengan harga dari RM61,300 hingga RM67,300 di atas jalan.

Proton Ertiga menggunaka­n enjin sama pada Suzuki Swift iaitu 1.4 liter K14B janaan petrol.

Ia mampu menghasil kuasa 92 PS pada 6,000 rpm manakala tork 130 Nm pada 4,000 rpm.

Merupakan enjin DOHC dengan pemasa injap boleh ubah serta penggunaan metal timing chain, ia turut dilengkapi sistem suntikan multi-point, pendikit drive-by-wire serta transmisi automatik empat kelajuan (Aisin) atau manual lima kelajuan.

Proton Ertiga dibina menggunaka­n platform daripada Suzuki Swift yang dilanjutka­n. Dimensi keseluruha­n Ertiga seperti berikut 4,265mm panjang, 1,695mm lebar dan 1,685mm tinggi. Jarak antara roda pula ialah 2,740mm, dengan legaan dari permukaan tanah 185mm.

Berat bagi versi manual ialah 1,175kg, manakala berat bagi versi automatik pula ialah 1,185kg. MPV kompak ini mempunyai keupayaan radius pusingan 5.2 meter.

Selain itu, kapasiti tangki minyaknya ialah 45 liter.

Bagi brek, bahagian depan menggunaka­n brek cakera dan di belakang menggunaka­n brek dram.

Tempat duduk barisan kedua dan ketiga juga agak fleksibel. Bagi barisan tengah, ia boleh dianjak sebanyak 240mm, dengan nisbah lipatan 60:40.

Akses ke barisan ketiga hanya melalui satu butang sahaja. Turut dilengkapi dengan perehat lengan, barisan ini disedia dengan dua tapak Isofix. Sementara tempat duduk barisan belakang pula mempunyai nisbah lipatan 50:50.

Proton Ertiga ini mempunyai variasi empat warna iaitu Ruby Red, Carnelian Brown, Metal Grey dan Cotton White.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut atau ingin melihat sendiri keunikan Proton Ertiga ini, orang ramai dipelawa untuk mengunjung­i bilik pameran Ngu’s Motor Service Sdn Bhd di Jalan Salim atau menghubung­i talian 084-216965.

Bilik pamerannya dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang pada Isnin- Sabtu manakala hari Ahad ialah dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari.

 ??  ?? MAMPU MILIK: Peter (dua kanan), Esther (kanan) dan Jeffrey (tiga kiri) sedang melakukan simbolik pelancaran Proton Ertiga di Sibu, semalam.
MAMPU MILIK: Peter (dua kanan), Esther (kanan) dan Jeffrey (tiga kiri) sedang melakukan simbolik pelancaran Proton Ertiga di Sibu, semalam.
 ??  ?? TERBAIK: Esther (dua kiri) ketika menemani seorang pelanggan yang mencuba keselesaan Proton Ertiga semasa pelancaran­nya di Sibu, semalam.
TERBAIK: Esther (dua kiri) ketika menemani seorang pelanggan yang mencuba keselesaan Proton Ertiga semasa pelancaran­nya di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia