Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai setuju adat tidak relevan dipinda, mansuh

Cadangan pinda, mansuh 26 seksyen Adat Iban 1993 dapat respons positif tuai rumah Meradong, Bintangor

- Oleh Andy Sabang

Pindaan hendaklah dibuat bukan bermakna membelakan­gkan adat lama tetapi memastikan ia (adat) relevan dengan gaya hidup hari ini.

SIBU: Cadangan untuk meminda atau memansuhka­n 26 seksyen Adat Iban 1993 supaya sesuai dengan cara hidup masa kini mendapat respons positif tuai rumah sekitar kawasan Meradong dan Bintangor.

Pengerusi Persatuan Tuai Rumah ( PTR) Cawangan Meradong Tuai Rumah Rantie Ayai berkata, cadangan itu wajar memandangk­an beberapa seksyen adat Iban tidak lagi sesuai untuk diguna.

Mengambil contoh Adat Sarak (undang-undang perceraian), Rantie memberitah­u jumlah denda dikenakan sudah tidak lagi relevan.

“Pindaan hendaklah dibuat bukan bermakna membelakan­gkan adat lama tetapi memastikan ia (adat) relevan dengan gaya hidup hari ini.

“Contohnya Adat Sarak, denda dikena sama ada terhadap suami atau isteri sangat rendah.

Lebih malang jika anak mereka dibiar begitu sahaja tanpa pembelaan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai cadangan pemind-

Tuai Rumah Rantie Ayai Pengerusi PTR Cawangan Meradong

aan beberapa seksyen Adat Iban yang diutarakan Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera Datuk John Sikie Tayai semasa Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Selasa lalu.

Dalam perkara sama, Rantie memberitah­u bahawa sekiranya pindaan dibuat ke atas Adat Sarak, ia juga dilihat dapat membendung atau mengurangk­an kes perceraian.

“Seandainya terdapat pindaan terhadap adat ini dengan meletakkan hukuman atau denda yang lebih berat mungkin ia dapat membendung atau mengurangk­an kes perceraian,” jelas beliau.

Sementara itu, Tuai Rumah Ngipa Andieng memberitah­u cadangan untuk meminda beberapa Adat Iban bukan sahaja penting kerana ia sudah tidak relevan tetapi mengambil kira dari sudut pembanguna­n taraf kehidupan masyarakat Iban.

Katanya, mana-mana tempat di seluruh dunia sekiranya undang- undang yang diamalkan tidak dapat diguna pakai akan dipinda atau dimansuh.

“Setiap pindaan perlu dilakukan secara teliti termasuk dengan mengambil kira kesejahter­aan rakyat,” ujarnya.

Justeru beliau berharap cadangan itu dapat direalisas­i agar taraf hidup masayaraka­t Iban setanding dengan bangsa lain.

Tambah Tuai Rumah Ngipa, sehingga kini beliau telah mengendali­kan dua kes perceraian perpunca daripada salah faham atau curang menerusi media sosial.

“Ini bermakna adat lama Iban wajar dikaji semula dengan membaiki segala kelemahan yang ada,” katanya.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA: Eliah (duduk, empat kiri), Kan (duduk, tiga kiri), Jimmy (duduk, empat kanan) dan Betty (duduk, tiga kanan) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa penganjur Anugerah Belia Cemerlang Malaysia 2016.
JAWATANKUA­SA: Eliah (duduk, empat kiri), Kan (duduk, tiga kiri), Jimmy (duduk, empat kanan) dan Betty (duduk, tiga kanan) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa penganjur Anugerah Belia Cemerlang Malaysia 2016.
 ??  ?? NGIPA
NGIPA
 ??  ?? RANTIE
RANTIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia