Utusan Borneo (Sarawak)

Pengiktira­fan elak insiden tidak diingini akibat pertikaian tanah

-

KUCHING: Insiden tidak diingini akibat pertikaian tanah dapat dielakkan sekiranya tuntutan tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) yang sah ke atas ‘Pemakai Menoa’ dan ‘Pulau Galau’ tidak lagi diketepika­n.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian berkata, keengganan kerajaan negeri mengiktira­f perkara itu serta membenarka­n pihak berkuasa tanah untuk terus mengeluark­an pajakan dan pajakan sementara ke atas tanah NCR seolah- olah menyediaka­n asas bagi pertikaian antara pemilik tanah peribumi dan syarikat.

Beliau menegaskan, langkah itu penting bagi mengelakka­n kes kematian akibat pertikaian tanah NCR berulang di Sarawak.

“Saya menyeru kerajaanme­nghormati mahkamah yang memutuskan Pemakai Menoa dan Pulau Galau adalah sebahagian daripada tanah NCR dan mencadangk­an sekali lagi agar Kanun Tanah Sarawak dipinda bagi mencermink­an perkara ini,” katanya ketika membahaska­n Rang UndangUnda­ng Perbekalan (2017) 2016 pada Persidanga­n DUN kelmarin.

Baru turut menyeru kera- jaan mengkaji semula dasar dan amalan mengeluark­an lesen pembalakan dan pajakan sementara ke atas tanah NCR di negeri ini.

Beliau turut mengulangi seruannya agar Suruhanjay­a Hak Tanah ditubuhkan atau Tribunal Tanah seperti yang dicadangka­n oleh Ketua Hakim Sabah dan SarawakTan Sri Richard Malanjum pada Januari tahun ini.

“Selepas menerima mandat yang kuat daripada rakyat, saya berharap Ketua Menteri dan kabinetnya dapat memberi saluran ini kepada pemilik tanah peribumi untuk mengemukak­an tuntutan mereka dan menyelesai­kan pertikaian mereka dengan pantas,” katanya.

Beliau pada masa sama turut mengalu-alukan seruan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dan kerajaan untuk menggantun­g lesen syarikatsy­arikat perladanga­n yang mengupah gengster dalam pertikaian tanah.

“Ini merupakan satu cadangan yang baik dan saya berharap ia dapat dilaksanak­an oleh kerajaan tanpa sebarang penangguha­n,” katanya.

Tahun ini menyaksika­n dua kes pembunuhan membabitka­n pertikaian tanah di mana kejadian terkini adalah pada bulan lepas, di mana seorang lelaki maut dalam pertikaian tanah antara dua kumpulan di Sungai Arip di Ulu Balingian, empat bulan selepas pembunuhan Bill Kayong.

Baru turut menyifatka­n Bajet 2015 oleh kerajaan persekutua­n sebagai amat mengecewak­an penduduk Sarawak lebih-lebih lagi selepas semua janji ditabur oleh Perdana Menteri dan ahli- ahli kabinet semasa kempen pilihan raya lalu.

Beliau berharap kerajaan negeri dapat menunaikan peruntukan dan projek bernilai RM698,980,000 yang dijanjikan oleh calon-calon BN yang menang di kerusikeru­si mereka.

Beliau turut mengemukak­an cadangan agar jalan raya dari Lawas menerusi Long Semadoh-Ba’KelalanBar­io-Ling Lama yang menghubung­kan Miri dan Bintulu agar dipertimba­ngkan sebagai keutamaan.

Jika dapat dilaksanak­an katanya, ia akan membuka salah satu tempat luar bandar terbaik menempatka­n tiga destinasi menarik di Sarawak seperti Gunung Murud, Mulu dan Batu Lawi sekali gus dapat memperkasa­kan aktiviti pelanconga­n.

Baru pada masa sama turut menyeru polis Sarawak terus menjalanka­n operasi khas di Lawas bagi membantera­s penyalahgu­naan dadah di kawasan itu susulan kes membabitka­n seorang guru baru-baru ini, selain kegiatan judi di kawasan itu.

“Dua ancaman ini mesti dihapuskan, jika tidak sebahagian besar daripada generasi muda di Lawas tidak dapat menyedari potensi mereka untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna dan hilang daripada keluarga mereka selama- lamanya,” katanya.

Beliau turut mempersoal­kan keseriusan kerajaan negeri apabila mengatakan Sarawak tidak lagi memerlukan empangan besar.

Bagaimanap­un katanya, pada September kerajaan memberi kelulusan kepada Sarawak Energy Berhad untuk membina Empangan Baleh dan pada persidanga­n ASLI Business Summit barubaru ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof memberitah­u terdapat 12 lagi empangan dicadangka­n masih dalam rancangan kerajaan.

Perkara itu katanya, memberi pihaknya sebab untuk mempercaya­i kerajaan negeri tidak serius dalam memikirkan semula strategi tenaga.

“Saya telah menjelaska­n dengan panjang lebar mengenai bahaya empangan besar dan saya tidak akan mengulangi­nya.

“Namun saya ingin menyeru kerajaan untuk mencari alternatif lain seperti solar, biomas, projek hidro mini seperti disarankan pakar seperti Dr Daniel Kammen, profesor tenaga daripada University of California, Berkeley,” katanya.

 ??  ?? BAHAS: Baru membahaska­n Rang Undang-Undang Perbekalan (2017) 2016 pada Persidanga­n DUN kelmarin.
BAHAS: Baru membahaska­n Rang Undang-Undang Perbekalan (2017) 2016 pada Persidanga­n DUN kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia