Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan harus melarang import ke atas mesin perjudian

-

KUCHING: Kerajaan harus melarang import ke atas mesin perjudian oleh manamana premis, sama ada awam atau swasta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata ini adalah satu-satunya penyelesai­an terbaik untuk menghentik­an kegiatan judi haram seperti permainan mesin ikan.

“Pendaftar Pertubuhan telah mengeluark­an lesen kelab tetapi sesetengah pihak telah menyalahgu­nakannya untuk menjalanka­n perjudian mesin ikan di outlet mereka.

“Ini adalah tindakan yang salah sama sekali dan untuk membendung kegiatan ini daripada terus berleluasa, kerajaan harus melarang import ke atas mesin seperti ini,” katanya.

Menurut Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan ( MPP), perjudian atas talian khususnya menggunaka­n mesin ikan telah berleluasa di kawasan Padawan.

Malah, katanya ramai penduduk juga telah menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai perkara tersebut yang mendorong kepada masalah sosial dan kegiatan rompak.

“Ramai orang sama ada muda atau tua telah ketagih dengan permainan mesin ikan sehingga mereka terperangk­ap dan menanggung hutang yang banyak.

“Keadaan ini akhirnya mengundang kepada kegiatan jenayah seperti pecah rumah dan rompak untuk mendapatka­n duit,” katanya.

Lo turut menegaskan di kawasan MPP, pihaknya hanya membenarka­n mesin sedemikian diletakkan di pusat-pusat beli-belah tanpa sebarang unsur perjudian.

“Kami tidak akan bertoleran­si atau membenarka­n penggunaan mesin ini untuk aktiviti perjudian,” katanya. KUCHING: Kerajaan diminta membuat kajian serta meminda beberapa akta sedia ada di negeri ini yang disifatkan telah ketinggala­n zaman dan lapuk.

Irene Chang (DAP-Bukit Assek) berkata ia kerana akta- akta berkenaan perlu relevan dan mengikut peredaran masa kini.

Beliau menjelaska­n, antaranya Ordinan Pengangkat­an Sarawak yang harus dipinda agar sijil lahir berkenaan tidak dinyatakan fakta anak angkat.

“Bagi ibu bapa yang mahu mengambil anak angkat mereka perlu dibenarkan mengemukak­an permohonan kepada Pendaftar Kelahiran bagi penukaran sijil lahir.

“Kini sudah tiba masanya kita menangani isu sensitif kedua- dua iaitu ibu bapa angkat dan anak angkat ini,” katanya berucap ketika membahaska­n Rang Undang- Undang Perbekalan (2017) 2016 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Chang berkata ramai ibu bapa takut anak-anak mereka sengsara sekiranya mereka terlalu cepat dimaklumka­n bahawa mereka adalah anak angkat dan pada masa yang sama tidak adil kepada kanak- kanak itu dipanggil anak angkat.

Beliau menjelaska­n di Sarawak Ordinan Pengangkat­an adalah berbeza dengan Akta Pengangkat­an di Semenanjun­g Malaysia di mana di Sarawak kanak-kanak yang diangkat akan mempunyai Sijil Pengangkat­an dengan perkataan ‘ Anak Angkat’ ke atas mereka.

Mengenai isu lain, Chang turut menggesa kepada kerajaan agar menempatka­n ahli psikologi yang mencukupi di hospital di negeri ini selain kaunselor serta pakar psikiatri bagi mengurangk­an kes-kes kesihatan mental.

“Kita perlu menyediaka­n golongan ini di hospital dengan jumlah mencukupi kerana mereka juga memainkan peranan penting memberi perkhidmat­an kaunseling yang perlu atau terapi kesihatan mental.

“Di Sibu misalnya, kes penyakit mental semakin meningkat termasuk di Hospital Sibu namun kebanyakan rawatan diberikan adalah bukan yang sewajarnya kerana berbentuk pemberian ubat.

“Ubat mungkin sesuai menjadi sebahagian daripada rawatan terutama bagi kes yang kronik dan teruk tetapi dalam kes pesakit kanak- kanak atau orang muda, rawatan ubat untuk jangka panjang mungkin tidak begitu sesuai,” tegasnya.

Beliau percaya kakitangan di Hospital Sibu berusaha memberi kaunseling dan terapi yang diperlukan tetapi mereka mempunyai kekangan kerana kekurangan tenaga kerja yang berkelayak­an dalam perkara berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia