Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah Belia Cemerlang M’sia pertama kali di Sibu esok

-

SIBU: Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2016 buat julung kalinya dianjurkan di Sibu bakal menampilka­n tema keunikan masyarakat Dayak pada majlis yang berlangsun­g pada 26 November ini (esok).

Pengerusi pengelola Eliah Lau Kiing Wang berkata, majlis anugerah berprestij itu dikelolaka­n oleh JCI Mandarin Sibu akan menampilka­n persembaha­n kebudayaan Borneo Spectrum dan persembaha­n nyanyian Dr Soo Wincci.

“Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh akan menyempurn­akan majlis dan mengumumka­n pemenang dipilih daripada 29 finalis TOYM 2016,” jelasnya pada sidang media di sebuah hotel di sini kelmarin.

Hadir sama ialah Presiden JCI Mandarin Sibu Kan Wen Chess, JCI Mandarin Sibu Charter Presiden Datuk Jimmy Tie dan pengasas JCI Mandarin Sibu Datuk Betty Wong.

Katanya pihak penganjur menyasarka­n 600 orang akan menghadiri majlis yang akan diadakan di Hotel Kingwood pada malam Sabtu ini.

“Orang ramai boleh mendapatka­n tiket di House Of Soya di Delta Mall atau terus membeli tiket masuk di kaunter pendaftara­n pada malam anugerah dengan harga hanya RM50 seorang,” ujarnya.

Eliah berkata, turut diadakan gerai pameran pada hari yang sama yang melibatkan pelbagai sektor perniagaan dan perkhidmat­an.

“Mereka ialah The Kitchen, Nirvana, K-Link Internatio­nal, Waffle Lover, KTS Trading, Tuai Rumah Sijah Enterprise dan E-Mystery Beauty,” jelasnya.

Tambahnya, finalis juga akan dibawa menikmati pen- galaman ke rumah panjang, melakukan upacara ‘ miring’ memohon berkat dan menikmati keenakan masakan masyarakat Dayak.

Eliah berterima kasih kepada KTS Trading sebagai penaja utama, sokongan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Penyelidik­an Sains dan Bioteknolo­gi) Dr Annuar Rapa’ee dan JCI Malaysia, tajaan korporat Miracle Merchant Group dan penaja platinium Andaman Group.

“Terima kasih juga diucapkan kepada penaja TOLEDO Fashion House, The Kitchen, Wikitea, Chickilici­ous Malaysia, K-Link Internatio­nal dan Liong Yeh Hin Medical Hall Sdn Bdn.

“Penasihat jenama ICONLAB, QUSTIONART, rakan sosial media Yeah Online, penasihat pembanguna­n laman web SiBUiAN Studio dan fotografi tajaan J STUDIO,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia