Utusan Borneo (Sarawak)

80 pelajar terpilih terima Dermasiswa KTS 2016

-

SIBU: Seramai 80 pelajar daripada 20 sekolah menengah di kawasan tengah Sarawak dipilih menerima Dermasiswa KTS 2016.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, pada tahun ini, seramai 229 pelajar daripada 63 sekolah menengah di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri menerima dermasiswa ini dengan jumlah keseluruha­n RM68,700.

“Dermasiswa telah diberikan setiap tahun kepada pelajar sekolah menengah yang memerlukan di seluruh Sarawak sejak tahun 2009.

“Seramai 1,395 pelajar sekolah menengah menerima dermasiswa dengan keseluruha­n sebanyak RM330,900 bermula 2009 hingga 2015,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Dermasiswa KTS 2016 di pejabat KTS Sibu di sini, petang semalam.

Hadir sama ialah Penolong Pengurus Kanan See Hua Marketing Cawangan Sibu Kueh Nguan Seng serta yang lain.

Menurut Lau, selain dermasiswa sebanyak RM300 itu, setiap pelajar juga akan menerima langganan salah satu akhbar keluaran Kumpulan See Hua iaitu See Hua Daily News, The Borneo Post atau Utusan Borneo selama 12 bulan.

“Kita tahu jumlah diberikan kepada setiap pelajar tidak banyak, namun kita berharap ia akan memberi galakan untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kecemerlan­gan akademik,” jelasnya.

Menyentuh lanjut mengenai dermasiswa itu, beliau berkata ia bertujuan meringanka­n beban ibu bapa pelajar terbabit dan bagi menggalakk­an minat membaca surat khabar di kalangan pelajar.

“Penerimame­rupakanpel­ajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n serta daripada keluarga berpendapa­tan rendah,” ujarnya sambil menambah, Yayasan KTS diurus oleh KTS Mutual Sdn Bhd.

Yayasan KTS dilancarka­n pada 2001 dengan dana permulaan sebanyak RM10 juta.

 ??  ?? PENDIDIKAN: pelajar. Ling (kiri) menyampaik­an dermasiswa kepada
PENDIDIKAN: pelajar. Ling (kiri) menyampaik­an dermasiswa kepada
 ??  ?? DERMASISWA: Lau (empat kanan) merakam kenangan bersama penerima dermasiswa dari SMK Nanga Dap dan guru. Turut kelihatan Kueh (empat kiri).
DERMASISWA: Lau (empat kanan) merakam kenangan bersama penerima dermasiswa dari SMK Nanga Dap dan guru. Turut kelihatan Kueh (empat kiri).
 ??  ?? DERMASISWA: Ling (kiri) menyampaik­an dermasiswa kepada seorang pelajar.
DERMASISWA: Ling (kiri) menyampaik­an dermasiswa kepada seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia