Utusan Borneo (Sarawak)

Dermasiswa cara KTS memotivasi pelajar cemerlang

Yayasan KTS beri dermasiswa kepada pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapa­tan rendah

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Seramai 78 pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapa­tan rendah, dari beberapa sekolah menengah di sekitar bandar raya ini telah menerima Anugerah Dermasiswa KTS 2016 daripada Yayasan KTS semalam.

Setiap pelajar tersebut menerima cek bernilai RM300 dan baucar penebusan langganan akhbar atau ‘e-Paper’ Utusan Borneo atau See Hua Daily News secara percuma selama setahun.

Penyampaia­n anugerah dermasiswa tersebut disempurna­kan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Yayasan KTS Wong Sing Seng, Setiausaha Jawatankua­sa Biasiswa KTS Simon Lau dan Penolong Pen- gurus Perhubunga­n Awam KTS Audrey Lau di Crown Towers di sini.

“Kami mengucapka­n tahniah kepada pelajar-pelajar kerana telah terpilih untuk menerima anugerah dermasiswa ini.

“Ini adalah sebagai motivasi kami kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik selain mengurangk­an beban kewangan ibu bapa dan pada masa sama mempromosi tabiat membaca kepada kalangan pelajar,” kata Wong ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurut Wong lagi, secara keseluruha­n seramai 229 pelajar daripada 63 sekolah di seluruh Sarawak telah dipilih untuk menerima anugerah berkenaan tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata sejak Anugerah Derma-

Kami mengucapka­n tahniah kepada pelajar-pelajar kerana telah terpilih untuk menerima anugerah dermasiswa ini. Wong Sing Seng Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Yayasan KTS

siswa KTS mula dilaksanak­an pada 2009 sehingga tahun ini, ia telah memberi manfaat kepada seramai 1,624 pelajar.

Malah, katanya Yayasan KTS bukan hanya menawarkan dermasiswa kepada pelajar sekolah menengah sahaja tetapi juga menyumbang dana kepada sekolah dan biasiswa pengajian tinggi kepada anak kakitangan Kumpulan KTS dan anak pelanggan rangkaian akhbar KTS iaitu The Borneo Post, Utusan Borneo dan See Hua Daily News.

“YayasanKTS­turutmenye­diakan insentif tunai kepada anak kakitangan KTS dan See Hua yang memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam sekolah menengah sejajar dengan objektif untuk memajukan pendidikan di Sarawak,” katanya.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Lau (duduk, lapan kanan) dan Kueh (duduk, lapan kiri) merakam kenangan bersama penerima dermasiswa dan guru pengiring selepas penyampaia­n dermasiswa berkenaan, petang semalam.
UNTUK KENANGAN: Lau (duduk, lapan kanan) dan Kueh (duduk, lapan kiri) merakam kenangan bersama penerima dermasiswa dan guru pengiring selepas penyampaia­n dermasiswa berkenaan, petang semalam.
 ??  ?? KECEMERLAN­GAN DIHARGAI: Wong (tengah) bersama Simon (empat kiri), Audrey (empat kanan) serta kakitangan KTS dan guru daripada sekolah-sekolah terlibat merakam kenangan dengan para pelajar yang menerima Anugerah Dermasiswa KTS 2016 daripada Yayasan KTS...
KECEMERLAN­GAN DIHARGAI: Wong (tengah) bersama Simon (empat kiri), Audrey (empat kanan) serta kakitangan KTS dan guru daripada sekolah-sekolah terlibat merakam kenangan dengan para pelajar yang menerima Anugerah Dermasiswa KTS 2016 daripada Yayasan KTS...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia