Utusan Borneo (Sarawak)

33 pelajar cemerlang kurang mampu terima Dermasiswa KTS 2016

-

MIRI: Seramai 33 pelajar cemerlang sekolah menengah terdiri daripada keluarga berpendapa­tanrendahd­isinimener­imaDermasi­swa KTS 2016 sebanyak RM300 setiap seorang daripada Yayasan KTS.

Majlis ringkas penyerahan cek kepada penerima disempurna­kan Pengurus Cawangan See Hua Marketing Miri Wong Kee di bangunan Wisma Rela Aman, Miri Waterfront petang semalam.

Penerima merupakan pelajar daripada lapan sekolah menengah iaitu lima daripada SMK Luak Miri, SMK St. Columba (empat), SMK Chung Hua Miri (empat), SMK Subis (dua), SMK Lutong (dua), SMK Dato Permaisuri(lima), SMK Riam (empat), SMK St. Joseph (lima) dan SMK Lopeng Tengah (dua).

Wong memberitah­u, dermasiswa berkenaan ditawarkan oleh Yayasan KTS dan diuruskan oleh KTS Mutual Sdn Bhd.

Jelas beliau, ia turut bertujuan meringanka­n beban kewangan pelajar cemerlang dalam peperiksaa­n dan keluargany­a, selain menggalakk­an budaya gemar membaca di kalangan pelajar.

“Selain wang, anda turut akan menerima langganan surat khabar sama ada See Hua Daily News atau Utusan Borneo secara percuma sepanjang tahun 2017 sebagai galakan meneruskan budaya membaca,” katanya.

Tambah Wong, sejumlah 295 pemohon di seluruh negeri memohon dan hanya 229 orang pelajar daripada 63 sekolah termasuk 33 orang adalah pelajar daripada sekolah di Miri.

Hadir sama ialah Pengurus Pemasaran See Hua Marketing Miri Chua Chuen Chai dan Penolong Pengurus See Hua Marketing Miri Sorina Yeo.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: (duduk, dua kiri) Chua, Wong, Sorina (berdiri, kiri) bergambar bersama sebahagian penerima dermasiswa di Miri petang semalam.
UNTUK ALBUM: (duduk, dua kiri) Chua, Wong, Sorina (berdiri, kiri) bergambar bersama sebahagian penerima dermasiswa di Miri petang semalam.
 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Wong (kiri) menyampaik­an dermasiswa kepada penerima sambil disaksikan Chua (kanan).
GUNA SEBAIKNYA: Wong (kiri) menyampaik­an dermasiswa kepada penerima sambil disaksikan Chua (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia