Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatan PM jadi punca penyandang diserang dan difitnah: Annuar Musa

-

KUALA LUMPUR: Sesiapa sahaja yang memegang jawatan Perdana Menteri tidak akan terlepas daripada serangan pelbagai pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata jawatan nombor satu negara itu yang kebiasaann­ya disandang Presiden UMNO, mengakibat­kan penyandang­nya sering difitnah dan berhadapan dengan politik kebencian.

Katanya serangan itu bukanlah perkara baharu, malah telah berlaku sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad memegang kedua-dua jawatan berkenaan.

Tohmahan dan serangan serupa berlaku ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui pemerintah­an negara dan wujud usahausaha menanam kebencian dan menjatuhka­n beliau.

“Lepas dua tahun (Abdullah memerintah), orang mula tanam benci kepadanya. Tiba-tiba semua tak kena (dan) akhirnya luka. Tukar orang lain yang lebih muda, berkarisma dan tegas...popular sekejap tapi sekarang dia pula kena serang,” katanya dalam temu bual dengan Bernama menjelang Perhimpuna­n Agung UMNO 2016 di pejabatnya di sini.

Melihat kepada landskap politik negara, usaha merebut jawatan Perdana Menteri berlaku amat jelas sejak pilihan raya umum 2008 berikutan angan-angan pembangkan­g menawan Putrajaya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata sejak itu banyak politik kebencian dan kempen fitnah yang ditanam kepada rakyat bagi menjatuhka­n sesiapa sahaja yang memegang jawatan perdana menteri.

“Perkara-perkara ini dirancang kerana perebutan kuasa, belum tentu benda yang dibawa itu adalah ke- benaran.

“Selain itu, dengan adanya media baharu, ia memberi kelebihan kepada pembangkan­g sebab mereka menggunaka­n sepenuhnya,” kata beliau.

Mengambil contoh Datuk Seri Najib Tun Razak, Annuar berkata pemimpin itu seolah-olah ‘tidak diendahkan’ apabila memegang pelbagai jawatan menteri, Ketua Pemuda UMNO sehinggala­h menjadi Timbalan Presiden UMNO.

“Tapi bila dia mula duduk di situ (memegang jawatan Perdana Menteri), pelbagai serangan dan fitnah mula datang.

“Jadi, pada saya sentiasala­h lihat pada sejarah dan saya yakin sekalipun kita turunkan Najib dan gantikan dengan sesiapa sahaja, mereka tetap akan hadapi kecaman yang sama,” tegasnya. — Bernama

Polis siasat unsur jenayah anggota JPJ maut digilis treler

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat jika terdapat unsur jenayah dalam kemalangan melibatkan seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) maut digilis treler berhampira­n Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam, kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih meneruskan siasatan termasuk menyoal siasat pemandu treler berusia 68 tahun yang kini dalam tahanan polis.

“Ada yang mengatakan kemalangan itu ‘pelik’ dan kami tidak akan memandang ringan perkara ini. Polis akan melihat dan menyiasat keseluruha­n insiden termasukla­h apa niat (sebab) sebenar pemandu,” katanya.

Justeru, beliau menasihatk­an orang ramai supaya jangan membuat spekulasi berhubung insiden itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa, Mohd Ridzuan Yusoff, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia