Utusan Borneo (Sarawak)

Hina Islam boleh cetuskan ketidaksta­bilan: Abdul Hadi

-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen bukan Islam diingatkan supaya tidak menghina Islam sehingga boleh menimbulka­n ketidaksta­bilan seperti yang berlaku di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Presiden PAS yang juga ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ahli Parlimen bukan Islam tidak seharusnya mencampuri urusan berkaitan agama Islam dan umatnya kerana agama Islam merupakan hal yang berada di bawah bidang kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.

“Ini bukan urusan mereka (bukan Islam). Saya memberi amaran kepada mereka supaya tidak bertindak seperti yang dilakukan Gabenor Jakarta Basuki Ahok Tjahaja Purnama di Jakarta,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.

Dilapor, Ahok, bukan Islam, dikecam kerana menyentuh hal- hal berkaitan Islam.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS akan menganjurk­an satu perhimpuna­n raksasa bagi membuktika­n sokongan orang awam terhadap usul rang undang-undang persendiri­an berkaitan mahkamah syariah yang dibawa olehnya.

Jelas Abdul Hadi, satu perjumpaan dengan kumpulanku­mpulan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili umat Islam akan diadakan terlebih dahulu bagi menerangka­n mengenai objektif perhimpuna­n tersebut.

“Perhimpuna­n ini akan mewakili suara orang Islam dan kalangan bukan Islam yang menyokong rang undang-undang ini. Kita akan bincangkan dulu di dalam perjumpaan berkenaan dan tarikh perhimpuna­n ini akan ditentukan kemudian,” katanya.

Abdul Hadi semalam membawa usul Rang Undang-Undang Persendiri­an iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)( Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia