Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi terakhir tentukan juara Kumpulan A

Tandukan Lucas bantu PSG bangkit ikat Arsenal 2-2 pada aksi Liga Juara-Juara di Emirates

-

LONDON, England: Arsenal mensia-siakan peluang mengesahka­n tempat teratas Kumpulan A apabila Paris Saint Germain (PSG) bangkit dari ketinggala­n sebelum mengikat kedudukan 2-2 di Stadium Emirates dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lepas.

Arsenal berada di landasan mengesahka­n tangga teratas kumpulan dan kemungkina­n diundi menentang lawan yang tidak begitu kuat di pusingan kedua apabila mendahului 2-1 dalam separuh masa kedua.

Selepas ketinggala­n menerusi gol Edinson Cavani pada separuh masa pertama, Arsenal mengikat kedudukan menerusi gol Olivier Giroud sebelum rehat dan mendahului kedudukan menerusi gol sendiri Marco Verratti pada awal separuh masa kedua.

Lucas mengikat kedudukan buat PSG pada minit akhir untuk memastikan Arsenal dan PSG, yang turut mengesahka­n tempat ke pusingan kedua, menunggu siapa yang menjadi juara kumpulan pada perlawanan terakhir kumpulan.

A r s e n a l , yang akan bertandang k kee Basel baik tetapi tidak dapat mengawal permaina n . Kebimbanga­n utama saya ialah ketika mendahului 21, kami membenarka­n mereka bangkit semula dan ia sukar untuk difahami. Kami juga memberikan gol mudah dari satu tendangan sudut,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger. “K a m i k e k u r a n - gan sesuatu dalam kreativiti kami tetapi kami memperoleh­i satu mata. Ia mungkin tidak mencukupi tetapi anda tidak akan tahu.”

Jurulatih PSG, Unai Emery menambah: “Kami masih perlu bermain perlawanan terakhir tetapi kami ketika ini di tangga teratas dan ia sememangny­a sangat penting. Saya fikir kami selayaknya keput u - san seri untuk menduduki tangga teratas.”

PSG mengancam awal apabila pemain pertahanan Arsenal gagal mengekang Cavani dengan satu tandukan yang sedikit tinggi sebelum cubaan Thiago Motta juga tidak kemas.

Dua amaran itu tidak diendahkan Arsenal, menyebabka­n mereka ketinggala­n pada minit ke-18 apabila Motta menolak bola kepada Blaise Matuidi dan dengan pertahanan Arsenal, Shkordan Mustafi tergelinci­r, Matuidi melakukan umpanan kepada Cavani untuk melakukan penyudah tenang.

PSG tiba di England tanpa pemain pertahanan­nya, Serge Aurier, yang tidak mendapat kelulusan visa selepas pernah dijatuhi hukuman tertangguh penjara dua bulan kerana menyerang seorang anggota polis.

Walau bagaimanap­un, PSG kelihatan lebih mengawal permainan namun A r s e n a l mengikat keduduk a n m e n e r u s i satu tendangan penalti selepas Alexis Sanchez dikasari oleh Grzegorz Krychowiak dalam kotak penalti, yang disempurna­kan oleh Giroud.

Gol itu amat mengecewak­an PSG tetapi Lucas hampir meletakkan PSG kembali di

Kami bermain dengan baik tetapi tidak dapat mengawal permainan. Kebimbanga­n utama saya ialah ketika mendahului 2-1, kami membenarka­n mereka bangkit semula dan ia sukar untuk difahami. Kami juga memberikan gol mudah dari satu

sudut.” tendangan Arsene Wenger Pengurus Arsenal

hadapan dari satu tendangan percuma cantik, yang hanya menggegar palang gol. Tuah memihak kepada Arsenal apabila Verratti tertola tertolak bola ke pint pintu golnya sendiri un untuk meletakkan pasukan tuan ru rumah di hadapan buat kali pertama pada perlawanan itu. N a - mun impian Arse Arsenal untuk mendudu menduduki tangga teratas kumpulan berkecai apabila Lucas menanduk gol penyamaan pada minit ke-77 dengan Cavani boleh menjaringk­an gol kemenangan sekiranya menyempurn­akan dua peluang terbaik pada minit akhir. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEJUTAN: Gol jaringan Lucas pastikan PSG bangkit dari ketinggala­n untuk mengikat Arsenal pada perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London Rabu lepas.
— Gambar Reuters KEJUTAN: Gol jaringan Lucas pastikan PSG bangkit dari ketinggala­n untuk mengikat Arsenal pada perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London Rabu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? GOL SENDIRI: Verratti menghadiah­kan gol kedua Arsenal selepas tertolak bola ke gawang sendiri ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London Rabu lepas.
— Gambar Reuters GOL SENDIRI: Verratti menghadiah­kan gol kedua Arsenal selepas tertolak bola ke gawang sendiri ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London Rabu lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia