Utusan Borneo (Sarawak)

City mara ke pusingan kedua selepas ikat M’gladbach 1-1

-

MONCHENGLA­DBACH, Jerman: Manchester City menempah tempat ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas mengikat Borussia Moenchengl­adbach 1-1, dengan kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain Rabu lepas.

Satu mata itu memastikan City akan menamatkan saingan di tangga kedua kumpulan dengan baki satu perlawanan.

Moenchengl­adbach juga disahkan di tangga ketiga – bermakna mereka akan meneruskan aksi di Eropah dalam kejohanan Liga Europa selepas Barcelona, pendahulu Kumpulan C, menewaskan Celtic 2- 0 di gelanggang lawan.

Walaupun hanya menang sekali dari enam perlawanan mereka di tempat sendiri, semangat pemain Moenchengl­adbach di Borussia Park menyukarka­n City.

Gol Raffael pada pertengaha­n separuh masa pertama, bagaimanap­un berjaya diikat City pada minit akhir sebelum rehat.

Moenchengl­adbach kemudian kehilangan kapten pasukan, Lars Stindl pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua perlawanan sebelum City juga kehilangan seorang pemain apabila Fernandinh­o juga menerima dua kad kuning.

“Kami mengawal permainan dalam separuh masa pertama dan kemudian hilang rentak apabila bolos gol,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Kami bermain dengan lebih baik dalam separuh masa kedua tetapi penyingkir­an Fernandinh­o mengubah sepenuhnya permainan. Keputusan seri ini baik untuk kedua-dua pasukan.”

Ia bagaimanap­un bukan aksi memberangs­angkan dari City, terutama sekali dalam separuh masa pertama.

Guardiola menurunkan skuad terkuat dengan Jesus Navas dan Raheem Sterling bersama-sama Sergio Aguero di jentera serangan. — AFP pada perl a - wa- n a n terakhi terakhirr pusingan pertama 6 DisDi sember depan, berada di tangga kedua kerana perbezaan gol dengan PSG, yang menentang pasukan kerdil Ludogorets pada hari yang sama.

Bagaimanap­un, PSG memi- l i k i sedikit kelebihan dan takdir dalam tangan mereka sendiri kerana memiliki rekod lebih baik ketika menentang Arsenal.

“Kami bermain dengan

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI MANTAP: Messi (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi di Celtic Park, Glasgow pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters AKSI MANTAP: Messi (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi di Celtic Park, Glasgow pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia