Utusan Borneo (Sarawak)

Rostov kejutkan The Bavarians 3-2

-

ROSTOV-ON-DON, Rusia: Tendangan percuma cantik Christian Noboa membolehka­n Rostov mencipta kejutan dengan menewaskan Bayern Munich 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lepas, sekali gus menyebabka­n Bayern berdepan tugas sukar untuk layak ke pusingan kedua kejohanan.

Bayern membelasah Rostov 5-0 pada perlawanan pertama di Jerman bulan September lalu tetapi hilang kedudukan mereka di tangga teratas Bundesliga Jerman pada RB Leipzig selepas tewas 0- 1 kepada Borussia Dortmund Sabtu lepas dan mengalami kekalahan memalukan yang kedua dalam beberapa hari.

Ketika Bayern sudah menjamin tempat ke pusingan kedua, namun kekalahan menyebabka­n mereka terpaksa akur sebagai naib juara kumpulan dan bakal berdepan lawan yang kuat di pusingan kedua kejohanan.

Atletico Madrid mengesa- hkan kelayakan ke pusingan kedua selaku juara Kumpulan D selepas menewaskan Eindhoven 2-0. Douglas Costa meletakkan Bayern di hadapan pada minit k e - 3 5 t e t a p i Rostov mengikat kedudukan menerusi gol Sardar Azmoun pada minit akhir sebelum rehat dan kemudian mendahului kedudukan apabila Dmitri Poloz menyempurn­akan satu tendangan penalti. Bayern berjaya mengikat kedudukan tidak lama selepas itu menerusi gol Juan Bernat tetapi Noboa memastikan Rostov, yang m e m b u a t penampilan sulung pada kejohanan itu, mencipta kemenangan pertama di pusingan pertama dengan gol kemenangan pada minit ke-67.

“Ia adalah satu perlawanan di mana kami harus menang, Bayern seharusnya menang di sini, tidak kira cuaca sejuk atau apa jua keadaan,” kata kapten Bayern, Philipp Lahm ketika memberitah­u penyiaran Sky.

“Kami hilang fokus dan dihukum di atas kesilapan kami. Perubahan dalam pasukan bukan alasan di atas kekalahan ini.” Bayern bertandang ke Rostov tanpa penjaga gol Manuel Neuer, Arturo Vidal dan Arjen Robben kerana kecederaan, dengan pemain pertahanan tengah, Holger Badstuber bermain dalam kesebelasa­n utama buat kali pertama sejak bulan Februari. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TAK SANGKA: Noboa (dua kanan) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pada perlawanan di Stadium Olimp 2 di Rostov-on-Don, Rusia Rabu lepas.
— Gambar Reuters TAK SANGKA: Noboa (dua kanan) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pada perlawanan di Stadium Olimp 2 di Rostov-on-Don, Rusia Rabu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? DIKEPUNG: Douglas Costa (tengah) dikawal oleh tiga pemain Rostov ketika beraksi pada perlawnan Liga Juara Juara di Stadium Olimp 2 di Rostov-on-Don, Rusia Rabu lepas.
— Gambar Reuters DIKEPUNG: Douglas Costa (tengah) dikawal oleh tiga pemain Rostov ketika beraksi pada perlawnan Liga Juara Juara di Stadium Olimp 2 di Rostov-on-Don, Rusia Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia