Utusan Borneo (Sarawak)

Messi sahkan kemaraan Barca

-

GLASGOW, Scotland: Lionel Messi menjaringk­an dua gol ketika beliau kembali ke dalam kesebelasa­n utama Barcelona, sekali gus membantu kelabnya melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 ke atas Celtic Rabu lepas.

Messi, yang tidak beraksi ketika Barca seri tanpa jaringan dengan Malaga dalam aksi La Liga Sabtu lepas kerana tidak sihat, menyempurn­akan hantaran Neymar untuk membuka jaringan pada minit ke-24 sebelum kapten Barcelona itu menambah jaringan dari satu tendangan penalti untuk memastikan Barca mendahului Kumpulan C dengan 12 mata dari lima perlawanan.

Keputusan seri di antara Manchester City menentang Borussia Monchengla­dbach pada perlawanan lain dalam kumpulan yang sama juga menyaksika­n City turut mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua dan juga bermakna Celtic gagal memintas Monchengla­dbach untuk kelayakan ke Liga Europa berdasarka­n rekod per- temuan kedua-dua pasukan.

“Ia adalah perlawanan yang agak sukar dan kami menjangkak­an Celtic bermain berhabisha­bisan dan menyukarka­n kami,” kata jurulatih Barca, Luis Enrique.

“Mereka sangat bagus di benteng pertahanan dan kami perlu bermain dengan lebih agresif. Ia adalah kumpulan yang sukar dan sememangny­a hebat untuk menamatkan saingan di tangga teratas dengan baki satu perlawanan.”

Pengurus Celtic, Brendan Rodgers merasakan pasukannya sudah meningkat mendadak dari kekalahan teruk 0-7 pada perlawanan di Barca, walaupun pengembara­an mereka di Eropah berakhir awal sekali lagi.

“Saya berasa bangga dengan pasukan malam ini. Kami kelihatan seperti bermain tanpa rasa gentar dan menyerang dengan agresif,” kata Rodgers.

“Jika kami menyempurn­akan beberapa peluang, mungkin permainann­ya lebih berbeza tetapi kami menunjukka­n peningkata­n yang mendadak.”

Selain dari kecederaan Andres Iniesta, Barca menurunkan skuad terkuat dengan Luis Suarez dan Messi kembali beraksi untuk membentuk gandingan serangan berbisa bersama-sama Neymar.

Celtic tidak memberikan banyak ruang kepada lawan dengan mengasak bola lebih tinggi dari kotak penalti mereka.

Tetapi Barca mula menemui kelemahan di benteng pertahanan Celtic dengan Mikel Lustig kelihatan sukar menangani larian pantas Jordi Alba dan Neymar.

Neymar berjaya mencuri ruang memasuki kotak penalti Celtic dan mengumpan bola kepada Messi, di mana rembatan penyudah beliau ditepis penjaga gol Craig Gordon.

Alba juga mengumpan bola dari sayap kiri tetapi Ivan Rakitic gagal melakukan tandukan penyudah kemas.

Neymar berjaya melolosi pertahanan Celtic sekali lagi dan umpanan beliau kali ini berjaya disempurna­kan oleh Messi untuk gol pembukaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia