Utusan Borneo (Sarawak)

Berdepan Chelsea Sabtu ini, Spurs ikrar bangkit segera

-

mereka turut memenangi Piala FA.

Spurs dijangka akan menurunkan pemain pertahanan utama, Kyle Walker dan Jan Vertonghen, yang direhatkan oleh pengurus kelab, Mauricio Pochettino ketika menentang Monaco tetapi tidak akan dapat menurunkan Danny Rose kerana kecederaan dan Toby Aiderweire­ld kerana kecederaan.

Chelsea tidak mempunyai sebarang masalah kecederaan selepas mempunyai rehat seminggu kerana tidak beraksi di Eropah sementara penyerangn­ya, Diego Costa, mempamerka­n prestasi memberangs­angkan dengan 10 gol.

Perlawanan hari Sabtu dan kemudian bertandang ke Manchester City akan memberikan ujian sebenar kemampuan Chelsea untuk memburu kejuaraan liga.

City, kurang satu mata di tangga ketiga dan layak ke pusingan kedua Liga Juara- Juara Rabu lepas, bertandang ke Burnley pada perlawanan lain.

Arsenal, di tangga keem- pat dan kurang dua lagi mata, melayani kunjungan Bournemout­h.

Selepas seri 2- 2 dengan Paris Saint Germain dalam Liga Juara- Juara Rabu lepas, Arsenal melanjutka­n tempoh tanpa kalah kepada 18 perlawanan dalam semua pertanding­an.

Liverpool, di tangga kedua liga, akan menanti Sunderland di Anfield, gelanggang di mana Sunderland tidak pernah menang sejak 1983.

Dengan Adam Lallana mengalami kecederaan, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp harus membuat keputusan sama ada mahu menurunkan Daniel Sturridge atau tidak.

Klopp memberi amaran kepada anak buahnya untuk tidak terlalu yakin selepas diikat tanpa jaringan oleh Middlesbro­ugh minggu lepas.

Manchester United akan menanti West Ham United di Old Trafford dan berharap untuk menamatkan tiga keputusan seri berturut- turut sebelum ini. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia