Utusan Borneo (Sarawak)

Harimau Malaysia masih positif ke separuh akhir: Shahrom

-

YANGON: Skuad Harimau Malaysia masih optimis mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki walaupun perlu berdepan tuan rumah bersama, Myanmar dalam aksi hidup- mati dii Stadium Thuwunna, a, di sini Sabtu ini.

Pertahanan tengah negara, Muhammad Shahrom Abdul Kalam men- jelaskan rakan sepasukann­ya masih belum mahu mengibar bendera putih biarpun sedar laluan berliku menanti mereka pada aksi terakhir Kumpulan B.

“Saya masih positif dengan peluang pasukan kita melangkah ke separuh akhir walaupun kalah kepada Vietnam kelmarin. “Kami juga perlu sesuaikan diri dengan cepat untuk menyerapy p tekanan dari dari- pada

ribuanib penyokongk MyanM mar nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Berkongsi pandangan sama adalah penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri yang melaungkan keyakinan untuk menewaskan Myanmar yang bakal mendapat sokongan padu ribuan penyokong mereka nanti.

“Kekuatan Myanmar adalah pemain muda yang bergera bergerak pantas, namun mungk mungkin ada beberapa kelemahan mereka yang kita boleh atasi... Kita juga pernah berdepan penyokong Myanmar yang ramai, j jadi di tiadai masalah bagi kami,” kata penyerang Selangor itu.

Sementara itu, skuad Harimau Malaysia diingatkan supaya tidak ghairah memburu gol awal apabila menentang Myanmar Sabtu ini.

Sebaliknya, ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee menuntut pemainnya supaya tenang menghadapi perlawanan tersebut walaupun sedar perlu menang untuk mara ke separuh akhir.

“Kita tidak boleh terburu- buru dan sudah tentu pemain faham kita perlukan gol dan pada masa sama tidak dibolosi untuk layak ke separuh akhir.

“Pemain harus mengikut percaturan taktikal dan apa yang ditunjukka­n ( ketika tewas 0- 1 kepada Vietnam) semalam cukup baik sebelum kita dibolosi pada minit- minit akhir perlawanan,” katanya.

Kim Swee berkata beraksi pada sebelah malam buat pertama kali setelah terpaksa bermain dua perlawanan pada waktu petang dengan cuaca panas sebelum ini, mampu memberi perangsang kepada pemain negara untuk memburu keputusan positif.

Beliau turut memaklumka­n pemain pertahanan tengah, Ronny Harun dan pemain sayap kiri Mohd Syazwan Zainon, yang masing- masing cedera di pangkal paha dan bengkak kaki, telah dirujuk kepada doktor pasukan untuk mengetahui sama ada dapat diturunkan Sabtu ini.

Mengulas tekanan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Myanmar, Kim Swee berkata pemain kebangsaan sudah biasa menghadapi situasi itu dan yakin mereka mampu memberi saingan sengit kepada tuan rumah.

M a l a y s i a p e r l u menewaskan Myanmar untuk mara ke separuh akhir setelah tewas 0- 1 kepada Vietnam pada aksi kedua Kumpulan B di gelanggang yang sama, semalam.

Kemenangan yang diraih Vietnam menyaksika­n mereka mengiringi juara Kumpulan A, Thailand yang mengesahka­n tiket ke separuh akhir setelah merekodkan kemenangan kedua dengan mengatasi Singapura 1- 0 di Filipina pada Selasa. — Bernama

 ??  ?? BANGGA: hadiah. Lim dan Winnie merakam kenangan bersama David (lima kiri) dan Sahary (lima kanan) selepas majlis penyampaia­n
BANGGA: hadiah. Lim dan Winnie merakam kenangan bersama David (lima kiri) dan Sahary (lima kanan) selepas majlis penyampaia­n
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia