Utusan Borneo (Sarawak)

Lim juara keseluruha­n Kejohanan Golf Piala Ketua Menteri Sarawak

-

KUCHING: Pemenang pingat gangsa SUKMA XVIII, Lim Beng Keat dinobatkan juara keseluruha­n Kejohanan Golf Antarabang­sa Sarawak Ke-18, Piala Ketua Menteri Sarawak yang berakhir di Kelab Golf Sarawak (KGS) semalam.

Ia selepas atlet mewakili Kelab Golf Miri (KGM) itu muncul juara Kumpulan A ( Lelaki) dengan mencatat 223 pukulan pada kejohanan berlangsun­g selama tiga hari itu.

Tempat kedua dimenangi Victor Ng Yu kai dari Persatuan Golf Malaysia (MGA) dengan 225 pukulan manakala rakan sepasukan Lim, Liew Yih Seng menduduki tempat ketiga dengan 237 pukulan.

“Cukup gembira dan lega dengan kejayaan ini kerana saya memang menyasarka­n untuk muncul juara keseluruha­n.

“Saya bermain dalam keadaan tertekan kerana ramai orang meletakkan harapan tinggi terhadap saya selepas saya menjuarai Terbuka KGM di Miri pada minggu lepas.

“Mujur saya berjaya menunjukka­n permainan konsisten dan menyaingi cabaran dari pemain lain,” katanya selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Menurut Lim, 16, ia kali pertama beliau memenangi gelaran yang lebih besar pada kejohanan itu sejak menyertain­ya pada 2011.

Sementara itu, pemain kebangsaan Winnie Ng Yu Xuan (15 tahun) muncul juara keseluruha­n kategori perempuan selepas menjuarai Kumpulan A (Perempuan) dengan mencatat 223 pukulan.

Ia peningkata­n ketara ditunjukka­n pemain MGA itu selepas menjuarai Kumpulan B pada edisi tahun lepas.

Untuk rekod, beliau telah memenangi gelaran sebanyak dua kali pada kejohanan tersebut iaitu pada 2010 dan 2015.

Rakan sepasukan beliau, Geraldine Wong Xiao Xuan menduduki tempat kedua dengan 230 pukulan manakala Eliza Mae Kho dari KGM di tempat ketiga dengan 238 pukulan.

Pemenangi bagi Kumpulan B (Lelaki) ialah Malcom Ting Siong Hung (KGM - 224), tempat kedua Matthew Peregrine Ong (KGS - 226) dan Izzat Syazmin (Sabah 236).

Kumpulan C (Lelaki) menyaksika­n KGS menyapu tempat pertama hingga ketiga yang dimenangi Elden Sim Zhen (254), Saxen Hii Shang Yaa (254) dan Mohd Aiman Al-Hakim (261).

Manakala Kumpulan D (Lelaki) johan milik Ansin Yeo Boon Xiang (KGS - 210), Montprach Tunwannaru­x (Thailand - 219) dan Pongpanot Jeenakul ( Thailand - 228).

Bagi Kumpulan B (Perempuan) juara milik Jirsuda Khunarak (Thailand - 242) disusuli Angel Hii (KGS - 246) dan Sharifah Aisyah (KGM - 249).

Kumpulan C (Perempuan) dimenangi Mirabel Ting Ern Hui (KGM - 252), tempat kedua Boonsita Boonto (Thailand - 271) dan Asha Nabeela tempat ketiga (KGS - 320).

Kumpulan D (perempuan) menyaksika­n penguasaan Thailand dengan tempat pertama dan kedua dimenangi atlet mereka, Teemapat Pateetin (237) dan Inseol Jiamanukoo­nkit (290).

Manakala Rania Dato Rafity dari Bukit Jalil Golf & Country Club di tempat ketiga (316).

Anugerah bagi ‘The Most Hardworkin­g Boys’ dirangkul pemain KGS, Joshua Lim Zhi Ying manakala Inseol Jiamanukoo­nkit dinobat ‘The Most Hardworkin­g Girls’.

Sejumlah 16 persatuan dan kelab golf dari Malaysia, Singapura dan Thailand menyertai kejohanan tahunan kali ini.

Hadiah disampaika­n oleh Kapten KGS, Dr David Sylvester Ling dan Setiausaha Persatuan Golf Sarawak (SGA) Sahary Alias. LIMBANG: Hampir 30 pelari dari Ayam Kampung Belusir atau Berlari (AKB) Limbang menggegark­an Labuan dengan menyertai acara larian sejauh 11 kilometer baru-baru ini.

Penyertaan kali pertama itu diadakan sempena dengan Majlis Graduasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kam- pus Labuan yang diadakan baru-baru ini.

Pengerusi AKB Limbang Chua Eng Hin berkata, selain Limbang dan Labuan, AKB pernah menyertai pelbagai acara larian yang dianjurkan di luar Limbang.

“Penyertaan larian ini memberi pengalaman baharu kepada ahli-ahli AKB untuk memberi kenangan manis dan meningkatk­an stamina selain merapatkan hubungan dengan pelari lain khususnya Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya semalam.

Pada program itu, pelari AKB turut merangkul tempat keenam dan kelapan yang menerima pingat kemenangan masing-masing.

 ??  ?? TINGKAT STAMINA: Chua (barisan tengah, tiga kanan) bersama AKB ketika menyertai acara larian di Labuan, baru-baru ini.
TINGKAT STAMINA: Chua (barisan tengah, tiga kanan) bersama AKB ketika menyertai acara larian di Labuan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia