Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Keluarga MPWK kukuhkan silaturahi­m

-

HARI Keluarga Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Kawasan Parlimen Bintulu meriah dengan disertai 132 orang dari 12 organisasi dan kumpulan parti serta pertubuhan bukan kerajaan di ruang legar Dewan Suarah di Bintulu, baru-baru ini.

Program tersebut membabitka­n lima jenis aktiviti iaitu sukaneka, pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak, pertanding­an pakaian seragam, kumpulan ceria, cabutan bertuah serta penempatan kaunter Lembaga Pembanguna­n Penduduk, Keluarga dan Negara (LPPKN).

Bagi acara sukaneka, pasukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak muncul juara, Parti Demokratif Progresif (PDP) Jepak meraih naib juara dan tempat ketiga disandang Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Bintulu.

Manakala johan pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak disandang oleh Cristalbel­l Deanna (Tabika Perpaduan), naib johan diraih oleh Plaganie Melzie (Tabika Perpaduan) dan ketiga Muhd Asyraf (Tabika KEMAS).

Hari keluarga itu disertai oleh PBB Jepak, PBB Tanjung Batu, PBB Kemena, PBB Samalaju A dan Samalaju B, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Sebauh dan Sebauh Hilir, PDP Jepak, Parti Rakyat Sarawak (PRS) Samalaju, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Bintulu, Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Sungai Plan Lot dan PERKIM Cawangan Bintulu.

Pengerusi MPWK Kawasan Parlimen Bintulu Dora Abdul Rahman berkata, program itu dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha mengukuhka­n hubungan silaturahi­m antara penduduk pelbagai kaum di bahagian Bintulu.

Sementara itu, pembantu peribadi Ahli Parlimen Bintulu, Teo Ho Ping berkata, program itu memupuk hubungan kasih sayang antara masyarakat pelbagai kaum tanpa meminggirk­an mana-mana pihak.

“Sesungguhn­ya kasih sayang ini dizahirkan oleh kerajaan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Wanita dan Keluarga kepada masyarakat dengan memberi ruang kepada MPWK mengadakan aktiviti kemasyarak­atan seumpamany­a secara berterusan,” ujarnya.

Pada majlis sama beliau mengumumka­n geran daripada Tiong berjumlah RM5,000 kepada MPWK untuk membantu menjalanka­n aktiviti berkaitan. Turut hadir Harold Tabit dari LPPKN Miri dan ahliahli MPWK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia