Utusan Borneo (Sarawak)

Cendekiawa­n sejarah disaran rujuk dokumen surat Sultan Abdul Hamid

-

PARA cendekiawa­n sejarah disaran menjadikan dokumen surat-surat Sultan Kedah Ke-26, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah sebagai rujukan utama mereka dalam menulis buku sejarah negeri Kedah.

Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah negara sememangny­a ketandusan buku- buku sejarah oleh penulis tempatan.

Maka sudah tiba masanya untuk mereka menulis sejarah itu daripada sudut pandangan sendiri.

“Justeru penerbitan buku Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid: Warkah Agung Warisan Dunia dan Suratsurat Sultan Abdul Hamid ini adalah tepat pada masanya.

“Usaha Arkib Negara Malaysia dalam mengumpul, memelihara dan menyimpan khazanah warisan sejarah negara perlu mendapat sokongan daripada semua pihak, bukan sahaja daripada agensi kerajaan tetapi juga pihak swasta dan orang ramai,” titahnya ketika Majlis Pelancaran Buku, Seminar dan Pameran Berkaitan Dengan Surat-Surat Almarhum Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Kerja Raya, Pelanconga­n dan Warisan Negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Arkib Negara Azemi Abdul Aziz.

Almarhum Sultan Abdul Hamid menaiki takhta kerajaan Negeri Kedah pada 21 Jun 1882 dan telah memerintah sehingga 1943 iaitu selama 61 tahun.

Dalam tempoh tersebut Baginda telah berjaya mempertaha­nkan kedaulatan Kedah daripada dijajah oleh Siam mahupun British dengan cara diplomasi mengikut kepentinga­n keadaan pada masamasa yang tertentu.

Tunku Puteri Intan Safinaz bertitah banyak pengajaran yang boleh diambil daripada dokumen surat-surat Almarhum Sultan Abdul Hamid yang merupakan moyang baginda untuk dijadikan rujukan.

“Koleksi surat-surat tersebut merupakan bahan bukti yang sahih kerana ia merupakan bahan asal dan tidak ada tokok tambah.

“Data-data dan maklumat yang terkandung di dalamnya adalah asli yang ditulis oleh pelaku-pelakunya dan dikeluarka­n oleh kerajaan negeri Kedah pada zaman itu,” titahnya.

Tunku Puteri Intan Safinaz turut berbangga kerana UNESCO melalui Program Memory Of The World telah mengiktira­f surat-surat berkenaan sebagai Warisan Agung Dunia yang telah disenaraik­an dalam ‘Memory Of The World Register’ pada 4 Sept 2001.

Titahnya pengiktira­fan itu tidak mungkin berlaku jika tiada usaha yang dijalankan oleh Arkib Negara dan juga para penyelidik tempatan.

Sementara itu, Azemi ketika berucap berkata koleksi suratsurat berkenaan adalah dianggap unik kerana merupakan satu-satunya bukti rekod yang masih ada tersimpan mengenai Kesultanan Melayu pada zaman penjajahan kuasa asing.

Katanya suratsurat berkenaan amat penting kerana catatannya merupakan tadbir urus yang telus dan terperinci yang berlaku dan dirakam pada tarikh dan masa setiap peristiwa itu berlaku diantara 1882 hingga 1943.

Koleksi itu kini tersimpan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis.

Koleksi surat tersebut mengandung­i sejumlah 2,951 halaman naskhah tulisan tangan dalam huruf jawi yang terkandung dalam 14 buah buku berdasarka­n tahuntahun sekitar 1300 hingga 1362 Hijrah (1882 hingga 1943 Masihi). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? MELAWAT: Tunku Puteri Intan Safinaz (kiri) berkenan melawat ruang pameran pada Majlis Pelancaran Buku dan Seminar Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid di Alor Setar. PELANCARAN BUKU: Kasrinah menunjukka­n buku ‘Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid’ dan...
— Gambar Bernama — Gambar Bernama MELAWAT: Tunku Puteri Intan Safinaz (kiri) berkenan melawat ruang pameran pada Majlis Pelancaran Buku dan Seminar Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid di Alor Setar. PELANCARAN BUKU: Kasrinah menunjukka­n buku ‘Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid’ dan...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia