Utusan Borneo (Sarawak)

Jimat masa dan kos

-

dan Sarawak dalam program turun padang seumpamany­a kerana ia adalah sebahagian daripada khidmat mahkamah kepada masyarakat,” katanya.

“Ia bukan sahaja menerapkan nilainilai murni dalam membantu masyarakat di pedalaman malahan akan mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan secara umumnya,” tambahnya lanjut.

Beliau berkata pendekatan ini juga membolehka­n pihak mahkamah mengetahui dan mengalami sendiri masalah yang dihadapi masyarakat luar bandar dan keadaan sebenar kehidupan penduduk di peringkat akar umbi.

“Sudah pasti situasi ini secara langsung dapat membantu Hakim, Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi dan Pegawai-Pegawai Kehakiman di negeri Sarawak melaksanak­an tugas harian khususnya semasa membuat keputusan atau perintah dalam sesuatu kes sama ada jenayah atau sivil,” katanya. GEOGRAFI RUMIT

Hadir dalam program itu Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Panglima Richard Malanjum, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Dean Wayne Daly, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, Pengarah Mahkamah Negeri Sarawak Amelati Parnell, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah Indra Ayub, Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak Jasni Jobli, Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Ipoi Datan dan Penghulu Umar Belor Saging Bit.

Dalam pada itu, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Dean Wayne Daly berkata, program tersebut telah diperkenal­kan oleh Tan Sri Panglima Richard Malanjum pada 2007 di Pitas, Sabah untuk negeri Sabah dalam usaha membantu penduduk di luar bandar mendapatka­n perkhidmat­an mahkamah yang mana kini diperluask­an ke pedalaman Sarawak.

“Program Mahkamah Bergerak penting apabila melihat keadaan geografi negeri ini yang hanya dapat dihubungi oleh laluan sungai, laluan jalan balak serta kesukaran penduduk untuk ke bandar mendapatka­n perkhidmat­an mahkamah,” katanya.

Beliau berkata mahkamah ini memberi perkhidmat­an diperlukan berkaitan membuat dan mengesahka­n dokumen kelahiran, pengenalan diri, sekali gus memudahkan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) terutama masalah yang timbul berkaitan permohonan tiada bukti kukuh.

“Ia antaranya dalam membuat sijil lahir dan pengenalan diri (perlukan pengesahan) yang mana satu inkuiri perlu dibuat di hadapan majistret, saksi dan keterangan bersumpah.

“Ia harus membuat akuan bersumpah di hadapan majistret, suruhanjay­a sumpah untuk sahihkan pengakuan itu,” katanya sambil menambah, untuk meningkatk­an perkhidmat­an itu, ia memerlukan kemudahan berkaitan dengan menempatka­n Bas Bilik Mahkamah Bergerak.

“Kemudahan ini menyaksika­n persidanga­n mahkamah dalam bas yang telah diubah suai sebagai bilik bicara,” katanya.

Jelasnya, untuk permulaan pelancaran kemudahan bas bilik bicara mahkamah bergerak telah d bawa khas dari Kota Kinabalu Sabah ke Uma Belor Sungai Asap.

Katanya untuk penyediaan kemudahan bas seumpamany­a di Sarawak telah dibuat dan permohonan telah diluluskan oleh kerajaan persekutua­n.

Beliau berkata mahkamah Sarawak telah menjalinka­n kerjasama dengan JPN melalui program bersepadu pada masa terdekat dan akan diadakan secara lebih meluas pada masa akan datang.

Justeru beliau menyeru semua agensi berkaitan berganding bahu dengan pihak mahkamah dalam program bersepadu yang mantap melalui program berkaitan.

 ??  ?? Oleh Abg Ismail Abg Su’ud
Oleh Abg Ismail Abg Su’ud
 ??  ?? SIAP: Tun Arifin (tiga kiri) menyampaik­an sijil kelahiran kepada seorang penduduk sambil disaksikan (dari kiri) Latifah, Wilson, Tan Sri Richard, Jasni dan yang lain.
SIAP: Tun Arifin (tiga kiri) menyampaik­an sijil kelahiran kepada seorang penduduk sambil disaksikan (dari kiri) Latifah, Wilson, Tan Sri Richard, Jasni dan yang lain.
 ??  ?? KEMUDAHAN: Tun Arifin (tengah), Tan Sri Richard (empat kanan), Latifah (enam kiri)dan penduduk setempat merakam gambar berlatarbe­lakangkan bas berhawa dingin yang menjadi Bilik Bicara Mahkamah Bergerak.
KEMUDAHAN: Tun Arifin (tengah), Tan Sri Richard (empat kanan), Latifah (enam kiri)dan penduduk setempat merakam gambar berlatarbe­lakangkan bas berhawa dingin yang menjadi Bilik Bicara Mahkamah Bergerak.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Tun Arifin, Tan Sri Richard, Wilson (berdiri tengah) merakam gambar bersama badan kehakiman, mahkamah serta para peguam.
UNTUK ALBUM: Tun Arifin, Tan Sri Richard, Wilson (berdiri tengah) merakam gambar bersama badan kehakiman, mahkamah serta para peguam.
 ??  ?? BERDEDIKAS­I: Kakitangan mahkamah sedang bertugas di dalam Bilik Bicara Mahkamah Bergerak.
BERDEDIKAS­I: Kakitangan mahkamah sedang bertugas di dalam Bilik Bicara Mahkamah Bergerak.
 ??  ?? LUAS DAN SELESA: Keadaan dalam Bilik Bicara Mahkamah Bergerak.
LUAS DAN SELESA: Keadaan dalam Bilik Bicara Mahkamah Bergerak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia