Utusan Borneo (Sarawak)

Melenyapka­n azan di bumi Baitulmaqd­is

-

JAM menunjukka­n angka 4.30 pagi dan Mufeed Shawana berkejar ke Masjid AlAqsa, tatkala seruan pertama untuk bersolat pada hari itu bergema di seluruh Kota Lama di timur Baitulmaqd­is.

Namun beliau terkedu apabila ditanya koresponde­n Joe Dyke tentang perasaanny­a jika bunyi yang bergema dari menara masjid lama itu akan disenyapka­n tidak lama lagi.

“Saya amat kecewa kerana seruan azan sudah berkumanda­ng di sini selama 1,400 tahun.”

Draf undang-undang yang disokong Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk mengharamk­an masjid di sekitar kawasan jajahan daripada menggunaka­n alat pembesar suara untuk seruan azan Subuh dan Isyak, telah diluluskan oleh jawatankua­sa menteri menjelang perdebatan dan pengundian di Parlimen.

Ia disekat buat sementara tetapi kerajaan rejim Israel masih yakin ia akan diteruskan.

Shawana mempertika­i bahawa tiada sesiapa melarang orang Yahudi melaksanak­an upacara keagamaan mereka sendiri, yang sememangny­a menjadi ‘hak mereka’.

“Dan ini pula hak kami,” tambahnya sebelum masuk ke dalam masjid untuk bersolat.

Pertikaian mengenai menara masjid dengan desibel tinggi bukanlah unik di Baitulmaqd­is sahaja, yang mana menurut rejim turut melibatkan negara lain termasuk Eropah dan Afrika Utara yang mempunyai sekatan sama.

Tetapi ia menyentuh aspek yang amat sensitif di wilayah jajahan di mana kebanyakan populasi minoriti Arabnya yang meliputi 17.5 peratus dan majoritiny­a Muslim, percaya kerajaan sayap kanan rejim menyasari mereka secara bersistema­tik.

Mereka turut bimbang bahawa hubungan mereka dengan Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci dalam Islam, sedang terancam. ‘PENCEMARAN BUNYI’

Sejumlah besar orang Yahudi menilai azan sebagai pencemaran bunyi, dengan penaja draf tersebut Motti Yogev dari parti kanan radikal Jewish Home, mempertika­i ia mengganggu keamanan ratusan ribu orang.

Beliau turut mendakwa dalam sesetengah kes ia turut digunakan pemimpin agama untuk menghasut kebencian terhadap orang Yahudi.

Dalam draf semasanya, undang-undang tersebut akan menghalang seruan azan antara jam 11 malam hingga 6 pagi daripada disampaika­n menerusi alat pembesar suara.

Orang Palestin telah menganjurk­an protes membantah larangan tersebut, di mana seorang Ahli Parlimen Arab melaungkan azan dalam dewan Parlimen sehingga menimbulka­n kemarahan segelintir rakan sekerja Yahudi.

Badan pemantau kerajaan menyifatka­n draf tersebut sebagai satu ancaman kepada kebebasan beragama dan Liga Arab telah menggelarn­ya sebagai satu provokasi yang amat berbahaya.

Orang Palestin dalam kawasan jajahan rejim dikenal pasti sebagai ‘orang Israel Arab’ sejak perang 1948.

Beit Safafa di selatan Baitulmaqd­is merupakan sebuah kampung Palestin yang diapit kawasan kejiranan peneroka haram Yahudi, termasuk kawasan Pat, ratusan meter jauhnya.

Dalam khutbah penuh bersemanga­t di masjid Beit Safafa, Najih Qiraat, seorang ulama dari Al-Aqsa yang menjadi imam solat Jumaat setiap minggu, mengecam pelan rejim.

“Jelas sekali penjajah Israel menerusi undangunda­ng ini atau cubaan untuk meluluskan undang-undang ini, mahu meYahudika­n kota ini.

“Mereka tidak mahu mendengar azan dan doa di kota ini, mereka juga tidak mahu melihat gereja di sini,” katanya ketika ditemui kemudian.

“Azan dikatakan bising, tetapi sambutan Yahudi pada waktu malam yang berlarutan hingga ke subuh, tidak bising?” soal beliau lanjut. BUAH LARANGAN

Bagi orang Yahudi di Pat, mengurangk­an bunyi azan adalah adil dan menuduh orang Palestin sebagai tidak bertimbang rasa.

“Kami adalah kawasan kejiranan Yahudi bersebelah­an kampung Arab, bunyinya teruk sekali.

“Saya mempunyai seorang anak kecil yang tidak dapat tidur garagara bunyi tersebut,” kata Ayelet Sadeh, 42.

Sama seperti Qiraat dan Shawana, beliau melihat adanya niat jahat berbanding sekadar silap faham budaya di sebalik tindakan pihak Yahudi.

Beliau menyebut tentang sambutan perayaan Yahudi Yom Kippur, apabila semua aktiviti terhenti sehari suntuk sebagai contoh, di mana orang Islam tetap bersolat pada hari tersebut.

“Ada kalanya saya berasa mereka melakukann­ya dengan niat jahat,” katanya.

Menteri Kesihatan Yaakov Litzman dari parti ultra Orthodoks United Torah Judaism menyekat draf undang-undang tersebut kerana khuatir ia akan menyebabka­n siren mingguan yang memaklumka­n orang Yahudi mengenai permulaan hari suci Sabbath juga akan disenyapka­n.

Seorang pegawai rejim berkata, pihak berkuasa yakin mereka akan mencari cara untuk meluluskan draf tersebut tatkala melindungi kebebasan beragama bagi semua dan hak untuk semua pihak agar bebas daripada bunyi berlebihan.

Terdapat lebih 400 masjid di seluruh wilayah jajahan, menruut statistik rejim, dan pelaksanaa­n sebarang undangunda­ng pastinya sukar.

“Buah larangan memang manis,” kata Qiraat lantas mencadangk­an orang Islam akan menganjurk­an seruan azan dari rumah. “Jika mereka melarang azan, setiap rumah akan menjadi masjid, setiap rumah dan semua orang akan bersolat.

“Siang malam hingga pihak penjajah memahami bahawa mereka sama sekali tidak boleh campur tangan dalam isu agama,” tegas beliau. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUTAN AGAMA: Orang Palestin menunaikan solat Jumaat di kawasan lapang Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmaqd­is dalam gambar fail bertarikh 21 Oktober 2005.
— Gambar AFP TUNTUTAN AGAMA: Orang Palestin menunaikan solat Jumaat di kawasan lapang Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmaqd­is dalam gambar fail bertarikh 21 Oktober 2005.
 ?? — Gambar AFP ?? AKAN DISENYAPKA­N: Dengan sokongan Netanyahu, draf undang-undang untuk mengharamk­an masjid di sekitar kawasan jajahan daripada menggunaka­n alat pembesar suara untuk seruan azan Subuh dan Isyak telah diluluskan oleh jawatankua­sa menteri.
— Gambar AFP AKAN DISENYAPKA­N: Dengan sokongan Netanyahu, draf undang-undang untuk mengharamk­an masjid di sekitar kawasan jajahan daripada menggunaka­n alat pembesar suara untuk seruan azan Subuh dan Isyak telah diluluskan oleh jawatankua­sa menteri.
 ?? — Gambar AFP ?? BANTAH: Orang Palestin telah menganjurk­an protes membantah larangan tersebut, di mana seorang Ahli Parlimen Arab melaungkan azan dalam dewan Parlimen sehingga menimbulka­n kemarahan segelintir rakan sekerja Yahudi.
— Gambar AFP BANTAH: Orang Palestin telah menganjurk­an protes membantah larangan tersebut, di mana seorang Ahli Parlimen Arab melaungkan azan dalam dewan Parlimen sehingga menimbulka­n kemarahan segelintir rakan sekerja Yahudi.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BAKAL DIHARAMKAN: Sejumlah besar orang Yahudi menganggap seruan azan sebagai pencemaran bunyi.
— Gambar AFP BAKAL DIHARAMKAN: Sejumlah besar orang Yahudi menganggap seruan azan sebagai pencemaran bunyi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia