Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama Keith Foo dalam pengembara­an solo ke Sepanyol di TVi

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) kali ini membawa penonton beriadah sambil menikmati keindahan alam menerusi sebuah rancangan travelog bertajuk ‘Hola! Spain…Bersama Keith Foo’ yang bakal disiarkan selama 13 episod bermula 13 November lepas hingga 5 Februari 2017, setiap Ahad jam 9.30 malam di TVi saluran 180 ASTRO.

Diilhamkan oleh pengarah muda berbakat besar, Rahila Ali, pastinya penonton ternanti-nanti akan penampilan istimewa yang dipersemba­hkan oleh pengacara dan pelakon Keith Foo yang mengembara di sekitar negara Sepanyol.

Penjelajah­an Keith Foo ke Sepanyol membawa penonton melawat ke lokasi-lokasi bersejarah dan tempat-tempat yang menarik di bumi Sepanyol.

Selain itu, pemandanga­n indah bakal membuatkan penonton menikmati keindahan pemandanga­n serta memberikan inspirasi dan tips pelanconga­n.

Gelagat Keith Foo yang ceria, aktif dan petah berbicara dengan para pelancong dan penduduk-penduduk di sekitar daerah di Sepanyol menjadikan program ini mampu berinterak­si dengan penonton akan keistimewa­an produkprod­uk tempatan seperti seni kraftangan dan masakan tempatan.

Antara tempat menarik yang bakal dikunjungi dan akan dikongsi bersama penonton ialah Madrid, Granada, Valencia dan Savilla.

Salah satu episod yang akan dikongsi menerusi program ini ialah Bandar Seville yang merupakan sebuah ibukota terbesar bagi autonomi komuniti di Andalusia.

Seterusnya Keith Foo akan membawa penonton ke La Giralda Tower iaitu satu seni bina keagungan dari empayar Islam yang bertapak beberapa kurun yang lalu, serta monumen Christoper Colombus yang terletak berhampira­n dengan La Giralda Tower.

Akhirnya, penonton dibawa ke suatu tempat bernama Museo Del Baile Flamenco untuk merasai sendiri apa itu Flamenco.

Keith Foo juga akan turut membawa penonton ke Real Alcazar yang merupakan sebuah istana tertua di Eropah.

Episod ini wajib ditonton kerana lokasi ini pernah digunakan sebagai latar penggambar­an drama siri popular ‘Game Of Throne’.

Seterusnya pengacara menjelajah ke Metropol Parasol yang merupakan struktur binaan daripada kayu yang terbesar di dunia dan ia adalah ikon terbaharu serta tarikan pelancong bertaraf antarabang­sa.

Meskipun, Seville adalah di antara bandar utama di Sepanyol bagi penganjura­n acara ‘laga lembu’, namun kebiasaann­ya laga lembu akan dianjurkan mengikut musim iaitu pada bulan April hingga Oktober.

Penonton dibawa ke daerah Malaga untuk merasai suasana hiburan dan pesta yang cukup sinonim dengan gaya hidup masyarakat tempatan di daerah tersebut.

Keterujaan Keith Foo turut dikongsi bersama penonton ke sebuah perkampung­an Smurf seperti yang dipaparkan dalam filem ‘Smurf’.

Pastinya penjelajah­an kali ini lebih menarik jika anda dapat mengikuti keseluruha­n 13 episod menerusi program majalah dan travelog ‘Hola! Spain…Bersama Keith Foo’, setiap hari Ahad, jam 9.30 malam di saluran TVi (180 ASTRO).

Siaran juga boleh ditonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm. gov.my) dan juga boleh ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? KEITH FOO
KEITH FOO
 ??  ?? MENARIK: Keith Foo dalam progam travelog ‘Hola! Spain’ setiap hari Ahad, jam 9.30 malam di TVi.
MENARIK: Keith Foo dalam progam travelog ‘Hola! Spain’ setiap hari Ahad, jam 9.30 malam di TVi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia