Utusan Borneo (Sarawak)

Proton tutup tirai 2016 dengan Ertiga

MPV kompak pertama di Malaysia diberikan status kenderaan cekap tenaga (EEV)

-

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd terus berpegang kepada komitmen untuk melancarka­n empat model kereta dalam 2016 apabila ia memperkena­lkan Proton Ertiga, model keempat dan terakhir dalam tahun ini.

Kenderaan pelbagai guna ( MPV) itu diperkenal­kan melalui kerjasama Proton dengan Suzuki Motor Corp dari Jepun, akan dijual pada harga RM58,800 hingga RM64,800 di Semenanjun­g Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton (CEO) Datuk Ahmad Fuaad Kenali ketika bercakap pada majlis pelancaran, memberitah­u model tersebut merupakan MPV kompak pertama di Malaysia yang diberikan status kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh In- stitut Automotif Malaysia

“Ertiga dibuat dengan penuh ketelitian, enjin walaupun pada kelajuan 110km sejam pada 2,900 rpm masih lagi senyap dan pelenyap bunyi daripada kebisingan jalan dan angin menjadikan kereta tersebut enak dipandu lembut dan kurang gegaran,” katanya.

MPV itu didatangka­n dalam dua versi iaitu Executive (transmisi manual dan automatik) serta Executive Plus (automatik), kedua-duanya diberikan penarafan empat bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Sementara itu, semasa sidang akhbar, Ahmad Fuaad berkata matlamat syarikat adalah untuk mencapai jualan bulanan purata sebanyak 1,500 unit.

Ahmad Fuaad berkata, kandungan peralatan tempatan Ertiga sekarang ini adalah sebanyak 15 peratus dan ini akan meningkat selepas ia mencapai jumlah jualan tertentu.

Bahagian-bahagian pema- sangan tempatan (CKD) dihantar ke negara ini daripada kilang Suzuki di Indonesia.

Katanya, jualan MPV ini tidak akan menjejaska­n model Exora kerana masing-masing direka untuk segmen pasaran yang berbeza.

“Ertiga yang agak padat berada dalam kereta segmen B (kecil), manakala Exora lebih besar berada dalam segmen kereta C (sederhana),” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DRB-Hicom Bhd Datuk Seri Syed Faisal Albar pada sidang media yang sama berkata Proton dijangka akan memasuki satu perjanjian perkongsia­n strategik dengan pengeluar peralatan asal (OEM) atau rakan kongsi asing, pada separuh pertama tahun depan.

Beliau mengesahka­n kewujudan tiga calon yang disenarai pendek tetapi enggan mendedahka­n identiti mereka atau mengesahka­n jika perjanjian itu akan melibatkan seluruh kepentinga­n Proton.

“Masih terlalu awal untuk nama-nama itu diberitahu. Kami berharap untuk mengenal pasti rakan kongsi yang berpotensi pada suku pertama dan menyelesai­kan perlaksana­an menjelang separuh pertama tahun depan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DILANCAR: Pengerusi DRB - HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil (empat kiri) melancarka­n Proton Ertiga 1.4L pada majlis pelancaran­nya di Setia Alam Convenctio­n Centre, Setia Alam, Shah Alam semalam. Turut hadir Syed Faisal (empat kanan).
— Gambar Bernama DILANCAR: Pengerusi DRB - HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil (empat kiri) melancarka­n Proton Ertiga 1.4L pada majlis pelancaran­nya di Setia Alam Convenctio­n Centre, Setia Alam, Shah Alam semalam. Turut hadir Syed Faisal (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia