Utusan Borneo (Sarawak)

Nikmati keenakan ‘Dim Sum’ di Restoran Nu Er Hong, Hotel Pullman

-

KUCHING: Hotel Pullman Kuching memperkena­lkan hidangan ‘Dim Sum’ buat penggemar makanan ini di Restoran Nu Er Hong yang dibuka di bawah pengurusan hotel ini.

Hidangan tanpa had ini menawarkan lebih daripada 20 jenis Dim Sum pada harga hanya RM38 seorang bagi dewasa dan diskaun 50 peratus bagi kanak-kanak antara 5 hingga 12 tahun.

Sebelum hidangan ini mula disajikan kepada pengunjung restoran pada 1 Disember ini, pihak hotel semalam mengadakan uji rasa Dim Sum khas untuk para pengamal media dan penulis blog makanan.

Sebanyak 20 jenis Dim Sum dihidangka­n untuk sesi ujia rasa semalam antaranya ‘Wok Fried Radish Cake’, ‘Deep Fried Salad Prawn Dumpling’, ‘ Deep Fried Prawn Mango Roll’, ‘Deep Fried Beancurd Roll’, ‘Pan Fried Radish Cake’, ‘Deep Fried Yam Dumpling’, ‘Bake Mini Egg Tart’ dan banyak lagi.

Dalam pada itu, hidangan Dim Sum ini boleh dinikmati pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja bermula dari jam 11 pagi hingga 2.30 petang . Bayaran RM38 yang dikenakan bagi setiap orang adalah termasuk minuman Chinese Tea manakala lainlain pesanan minuman akan dikenakan bayaran.

Untuk mengelak daripada pembaziran pihak hotel dan restoran akan mengenakan caj bagi lebihan Dim Sum yang tidak dihabiskan oleh pelanggan.

Selain pilihan di atas, pelanggan juga boleh menikmati banyak lagi pilihan Dim Sum seperti ‘Steamed Prawn Dumpling’, ‘Stewed Siew Mai’, ‘Steamed Mushroom Dumpling’, ‘Steamed Vegetable Dumpling’ dan ‘Steamed Chicken Feet’.

‘ Steamed BBQ Chicken Pau’, ‘ Steamed Egg Yolk Cream Pau’, ‘Fresh Prawn Rice Roll’, ‘Scallop Rice Rall’ dan banyak lagi jenis Dim Sum yang lain juga boleh dipesan tanpa had oleh pelanggan.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Dim Sum ini bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang pada harga yang amat berpatutan dalam suasana mewah.

Tempahan dan pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubung­i pihak hotel atau restoran di talian 082222888.

 ??  ?? ‘DEEP FRIED PRAWN MANGO ROLL’
‘DEEP FRIED PRAWN MANGO ROLL’
 ??  ?? ‘DEEP FRIED SALAD PRAWN DUMPLING’
‘DEEP FRIED SALAD PRAWN DUMPLING’
 ??  ?? TANPA HAD: Lebih daripada 20 jenis Dim Sum boleh dinikmati di Nu Er Hong, Hotel Pullman bermula 1 Disember ini pada harga hanya RM38 seorang dewasa.
TANPA HAD: Lebih daripada 20 jenis Dim Sum boleh dinikmati di Nu Er Hong, Hotel Pullman bermula 1 Disember ini pada harga hanya RM38 seorang dewasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia