Utusan Borneo (Sarawak)

TPP: Tindakan seterusnya Malaysia hanya selepas 20 Jan, kata Mustapa

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengambil tindakan seterusnya hanya apabila terdapat pengesahan rasmi yang Amerika Syarikat (AS)

tidak akan menyertai Perjanjian Perkongsia­n TransPasif­ik (TPP).

“Malaysia akan menunggu kejelasan lebih lanjut daripada pentadbira­n AS apabila presiden baharu mengambil alih jawatan pada 20 Jan, 2017,” kata Menteri Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Keputusan ini diambil meskipun hakikatnya dalam kenyataan terbaharu pada 21 Nov, Presiden AS yang baru dilantik Donald Trump menyatakan antara tugas pertamanya sebagai presiden adalah menarik keluar AS daripada TPP, katanya.

“Sebaik sahaja kita mendapat kejelasan daripada Pentadbira­n baharu AS selepas 20 Jan, 2017, ketua- ketua perunding mungkin akan bertemu untuk menimbangk­an pilihan dan jalan penyelesai­an,” katanya.

Sementara itu, Malaysia akan meneruskan usahanya meminda undang- undang relevan kerana perubahan kepada sesetengah undangunda­ng ini bukan hanya bagi mematuhi TPP tetapi adalah hasil daripada kajian semula domestik berterusan yang bertujuan untuk mengukuhka­n dan mengemas kini beberapa undang-undang bagi memudahkan perdaganga­n dan memenuhi obligasi antarabang­sa, katanya.

“Keputusan akhir mengenai cadangan pindaan itu bagaimanap­un akan dibuat oleh Kabinet,” kata Mustapa sebagai memberi reaksinya kepada pengumuman Trump mengenai hasrat AS untuk menarik diri daripada TPP.

Beliau berkata semua 12 pemimpin negara-negara TPP bertemu di Lima, Peru, pada 19 Nov, 2016, untuk melihat perkembang­an terkini proses domestik mereka masingmasi­ng ke arah ratifikasi.

“Semua anggota TPP, kecuali AS, sedang berada di pelbagai tahap mendapatka­n kelulusan perundanga­n domestik mereka. New Zealand telah menyelesai­kan proses Parlimenny­a, Dewan Rakyat Jepun telah meluluskan TPPA yang kini akan mendapatka­n kelulusan Dewan Negara Par- limen Jepun,” katanya.

Beliau berkata semua pemimpin mengulangi komitmen mereka terhadap TPP memandangk­an manfaat yang boleh dibawa kepada ekonomi masing-masing, serta ke rantau Asia Pasifik, bagi meningkatk­an perdaganga­n dan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan dan pada masa yang sama meneruskan standard alam sekitar dan tenaga kerja yang baik.

“Mereka juga yakin den- gan peranan TPP dalam mengukuhka­n lagi usaha membawa perusahaan kecil dan sederhana ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

TPP juga akan mewujudkan persekitar­an yang diperlukan bagi pertumbuha­n masa depan e-dagang di Jepun. Di Peru, pemimpin TPP juga mengakui bahawa perjanjian itu merupakan perjanjian yang seimbang dan berkualiti tinggi yang tidak boleh dihentikan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia