Utusan Borneo (Sarawak)

Untung sebelum cukai suku ketiga Maybank naik kepada RM2.46 bilion

-

KUALA LUMPUR: Maybank mencatatka­n keuntungan sebelum cukai ( PBT) lebih tinggi pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2016, kepada RM2.46 bilion, berbanding RM2.38 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehan berjumlah RM11.29 bilion berbanding RM11.38 bilion yang dicatatkan pada suku ketiga tahun kewangan 2015.

Menurut bank berkenaan, keputusan kewangan itu disokong oleh peningkata­n trend pendapatan bagi perbanding­an suku tahun serta penurunan dalam kerugian kemerosota­n nilai bersih setelah kumpulan mendapat manfaat daripada pendekatan proaktif dalam menguruska­n kualiti aset.

Bagi tempoh sembilan bulan sehingga September 2016, PBT kumpulan berjumlah RM5.97 bilion, susut 11.9 peratus daripada the RM6.78 bilion pada September 2015, manakala perolehan naik kepada RM33.41 bilion daripada RM29.5 sebelumnya.

Kumpulan terus mencatatka­n pertumbuha­n perolehan yang kukuh dalam semua sektor perniagaan bagi sembilan bulan dengan Perkhidmat­an Kewangan Komuniti mencat- atkan kenaikan 9.2 peratus, Perbankan Global 13.9 peratus serta Insurans dan Takaful 11.3 peratus.

Maybank juga menyaksika­n trend menggalakk­an dalam pertumbuha­n pinjaman kasar, yang meningkat 2.2 peratus pada suku ketiga 2016 berbanding suku kedua 2016, manakala pertumbuha­n pinjaman tahunan bagi sembilan bulan hingga September 2016 pada 0.5 peratus.

Angka berkenaan berdasarka­n kenaikan 1.6 peratus dalam perbanding­an suku tahunan dalam operasi Malaysia manakala peningkata­n 3.2 peratus dalam operasi antarabang­sa.

“Dalam keadaan ekonomi yang lembap, kumpulan terus mencari penyelesai­an bagi pelanggan seluruh ASEAN yang mencatatka­n pertumbuha­n perolehan positif serta penguranga­n peruntukan kerugian pinjaman.

“Kami juga kekal berada pada kedudukan yang baik dalam pembiayaan keperluan infrastruk­tur di pelbagai negara ASEAN, memacu pertumbuha­n sektor PKS (perusahaan kecil dan sederhana) dengan kadar faedah yang lebih rendah,” kata Pengerusi Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dalam satu kenyataan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia