Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi beras Haryana di Emart Xpress 22 Nov hingga 4 Dis

-

KUCHING: Liansin Trading Sdn Bhd akan mengadakan jerayawara di Emart Xpress Sdn Bhd (Sukma) bermula 22 November ini sehingga 4 Disember bagi mempromosi­kan beras Haryana dari India, yang kaya dengan mineral dan rendah lemak serta gula.

Justeru, orang ramai diajak untuk bersama- sama mengunjung­i jerayawara ini di mana dengan pembelian satu pek beras akan menerima cawan Jimmy secara percuma manakala bagi pembelian dua pek beras mendapat cawan Jimmy dan beg kitar semula secara percuma.

Malah, aktiviti soal jawab ringkas juga akan diadakan tanpa memerlukan orang ramai membuat pembelian bagi produk Liansin untuk menyertain­ya.

Apa yang perlu dilakukan adalah hanya dengan menjawab beberapa soalan memberi peluang untuk memenangi pek 5 kilogram beras Haryana.

Malah untuk memenangi sudu dan garpu keluli tahan karat yang berkualiti tinggi secara percuma daripada Liansin, orang ramai hanya perlu ‘Like’ Facebook Liansin dan berkongsi mengenai beras Haryana di dalam laman sosial tersebut.

Sementara, Liansin turut mengadakan Peraduan Jimmy Baharu Liansin yang menawarkan Mitsubishi 2.4 Outlander sebagai hadiah utama.

Peraduan ini akan dijalankan dalam tiga musim iaitu dari Julai hingga September, Okto- ber hingga Disember dan Januari hingga Mac 2017 di mana cabutan pertama akan dibuat pada 16 Oktober di Emart Riam, Miri.

Hadiah pertama bagi musim pertama adalah berupa motosikal Yamaha Nmax, manakala musim kedua berupa kerusi urut Ogawa dan musim ketiga ialah televisyen Sharp 65 inci.

Borang peraduan kini boleh didapati dengan setiap pembelian bagi mana-mana beras Liansin atau Tong Seng Huat.

Borang yang lengkap diisi harus dihantar ke alamat Lot 2041, Seksyen 66, Jalan Kisar, Estet Perindustr­ian Bintawa, 93450 Kuching atau di pasar raya di mana beras dibeli.

Untuk maklumat lajut, sila layari www.liansin.com.my atau hubungi 082-333555.

 ??  ?? SERTAI KAMI: (dari kiri) Penolong Pengurus Liansin Alex Teng Siu Beng, Pengurus Pemasaran Kanan Liansin Lim Boo Khiong, Pengurus Emart Louis Yong Foh Chan, Penolong Pengurus Perniagaan Sokongan Emart Salawati Amin dan Eksekutif Kanan Emart Sumantri...
SERTAI KAMI: (dari kiri) Penolong Pengurus Liansin Alex Teng Siu Beng, Pengurus Pemasaran Kanan Liansin Lim Boo Khiong, Pengurus Emart Louis Yong Foh Chan, Penolong Pengurus Perniagaan Sokongan Emart Salawati Amin dan Eksekutif Kanan Emart Sumantri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia