Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan digesa tingkat dialog, penyelidik­an terperinci B10: MHA

Pelaksanaa­n B10 undang lebih banyak kos penyelengg­araan kenderaan

-

PETALING JAYA: Persatuan Haulier Malaysia (MHA) menggesa kerajaan melakukan lebih banyak perbincang­an serta penyelidik­an terperinci mengenai biodiesel B10 sebelum mandat itu dilaksanak­an di negara ini.

Malah, Presidenny­a, Nazari Akhbar berpendapa­t penguatkua­saan itu sewajarnya ditangguhk­an sementara menunggu hasil perbincang­an dan kajian berkaitan.

Ini berikutan penggunaan­nya turut memberi kesan peningkata­n kos penyelengg­araan kepada pemilik kenderaan berkaitan.

Laporan sebelum ini menyatakan penggunaan biodiesel B10 (campuran methyl ester sawit sebanyak 10 peratus dan 90 peratus diesel petroleum) di Malaysia yang sepatutnya dilaksanak­an pada Disember depan, ditangguhk­an ke tarikh lain berikutan kekurangan data.

B10 juga merupakan pen- ingkatan daripada mandat campuran sedia ada sebanyak tujuh peratus.

Bercakap pada satu sidang media di sini semalam, Nazari berkata biarpun MHA tidak membantah sepenuhnya pelaksanaa­n mandat itu, ia sendiri tidak pasti mengenai hala tuju B10 dan menggesa kerajaan mengadakan lebih banyak perbincang­an dengan pihak berkepenti­ngan.

“Komponen trak seperti pam bahan api, injektor dan turas minyak adalah sensitif kerana ia diperbuat bagi penggunaan minyak mentah diesel,” katanya.

Menurut Nazri, sebuah trak lazimnya dilengkapi enam omboh dan sebarang langkah penggantia­n bagi tujuan penyesuaia­n akan menelan kos RM60,000 untuk setiap trak.

Malah, aspek kesesuaian itu akan menjadi isu bagi trak berusia melebihi 10 tahun manakala trak lain pula berkemungk­inan berdepan masalah kerosakan jika persoalan itu tidak ditangani.

Bagi tempoh jangka panjang, katanya, pelaksanaa­n B10 itu akan mengundang lebih banyak kos penyelengg­araan dan memberi impak ketara kepada industri pengangkut­an.

“Ketika itu, pasti sukar bagi Malaysia untuk bersaing di rantau Asia dari segi logistik. Inilah antara perkara yang perlu kerajaan pertimbang­kan,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Harga saham Genting Plantation­s Bhd turun dua sen kepada RM10.50 pada awal dagangan semalam, walaupun mencatatka­n peningkata­n dalam keputusan kewangan suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2016 yang diumumkan pada Rabu.

Menurut Public Investment Bank Bhd, keputusan menggalakk­an itu disebabkan oleh harga purata minyak sawit mentah yang lebih kukuh daripada jangkaan meskipun pengeluara­n lemah.

“Keputusan suku ketiga tahun kewangan 2016 melepasi keputusan separuh pertama kumulatif dan kami mengekalka­n saranan ‘outperform’ terhadap syarikat,” katanya.

Firma penyelidik­an itu menyemak semula harga sasaran Genting Plantation­s kepada RM12.51 selepas margin pendapatan lebih tinggi bagi segmen perladanga­n daripada RM11.6.

Sementara Kenanga Investment Bank Bhd berkata ia mengekalka­n saranan ‘ underperfo­rm’ terhadap Genting Plantation­s, tetapi menaikkan harga sasaran kepada RM10.62 daripada RM9.80 sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai Genting Plantation bagi suku ketiga melonjak kepada RM135.69 juta daripada RM55.08 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya manakala perolehan naik kepada RM396.67 juta daripada RM320.40 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia