Utusan Borneo (Sarawak)

GlobalClub Empire lancar platform media sosial IGC

-

PUTRAJAYA: Syarikat tempatan, GlobalClub Empire Sdn Bhd kelmarin melancarka­n 1GlobalClu­b (1GC) iaitu platform media sosial pertama dunia yang memberi ganjaran kepada pengguna aktif dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif 1GC, Datuk Verdon Bahanda berkata pembanguna­n aplikasi membabitka­n pelaburan sebanyak RM3 juta itu bertujuan membantu para usahawan serta masyarakat dalam penggunaan teknologi dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

“Statistik menunjukka­n lebih 18 juta pengguna me- dia sosial aktif di Malaysia. Setakat 2015, sebanyak 77.3 peratus daripada isi rumah di Malaysia memiliki akses kepada perkhidmat­an jalur lebar.

“Kami melihatnya sebagai peluang baik dalam memanfaatk­an platform media sosial bagi membangunk­an penyelesai­an inovatif untuk perniagaan serta komuniti atas talian terutamany­a untuk para usahawan,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran 1GC oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau di sini, malam kelmarin.

Pada majlis sama, 1GC turut menandatan­gani kolabora- tif bersama GOMAX dan myTRADEzon­s bagi memberikan ahli-ahlinya pengalaman terbaik dengan 1GC.

Mengulas lanjut, Verdon berkata keahlian 1GC membabitka­n dua kategori iaitu ahli sosial yang ditawarkan secara percuma kepada mereka berumur 13 tahun ke atas manakala ahli kelab pula bagi mereka berumur lebih 18 tahun membabitka­n pembayaran RM100 sebagai ahli seumur hidup.

“Ahli kelab akan diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai berdasarka­n sejauh mana mereka aktif melakukan aktiviti di media sosial 1GC seperti memuat naik status dan video, menyertai forum, blog, permainan atas talian yang akan ditentukan oleh meter perkembang­an berkaitan,” katanya.

Jelasnya, 1GC disasar dapat menarik dua juta pengguna setahun dan dijangka meningkatk­an keupayaan untuk menampung lebih ramai pengguna pada masa depan bagi memperluas aplikasi di peringkat serantau dan global.

Sementara itu, Madius pula dalam ucapannya berkata kerajaan mengiktira­f kepentinga­n teknologi digital bagi memacu pertumbuha­n ekonomi.

Sehubungan itu, ia melihat 1GC sebagai sebuah lagi syarikat Malaysia yang telah menyahut cabaran teknologi dengan mengambil inisiatif inovatif sejajar hasrat kerajaan.

“Perintis sistem media sosial dalam talian yang melakar platform Internet global ini jelas menjurus kepada satu idea yang baru dan unik,” katanya.

Menurutnya, 1GC dijangka akan menarik minat serta menggalakk­an satu lagi komuniti usahawan dalam talian membabitka­n kalangan rakyat Malaysia, terutamany­a mereka yang berminat dengan bidang perniagaan di peringkat global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia