Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan suku-3 Axiata turun 56 peratus susulan susut nilai tinggi

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Axiata Group Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2016, susut sebanyak 56 peratus berikutan susut nilai dan pelunasan tinggi daripada pelan pemodenan rangkaian di Indonesia dan Bangladesh.

Keuntungan juga terjejas oleh kos kewangan bersih, kerugian terjemahan tukaran asing dan sumbangan rendah daripada syarikat sekutu, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Keuntungan sebelum cukai bagi suku ketiga tersebut berjumlah RM451.54 juta berbanding RM1.02 bilion dalam suku yang sama tahun lepas.

“Sumbangan dari Nepal serta keuntungan tinggi yang dicatatkan oleh Sri Lanka, Bangladesh dan Kemboja memberi kesan positif yang diimbangi sebahagian­nya oleh operasi di Malaysia dan Indonesia yang mencatatka­n keuntungan rendah disebabkan persaingan sengit dalam pasaran masing-masing dan turun naik mata wang asing,” kata syarikat itu.

Bagaimanap­un, hasil meningkat kepada RM5.45 bilion bagi suku tersebut berbanding RM5.06 bilion sebelumnya, disokong terutamany­a daripada sumbangan hasil dari Nepal pada suku tersebut dan hasil tinggi di Sri Lanka, Bangladesh dan Kemboja dengan impak terjemahan positif, kata Axiata.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2016, keuntungan sebelum cukai turun sebanyak 43.5 pera- tus kepada RM1.41 bilion daripada RM2.50 bilion, manakala hasil meningkat sebanyak 8.6 peratus kepada RM15.77 bilion daripada RM14.52 bilion sebelumnya.

Penurunan dalam keuntungan sebelum cukai itu adalah disebabkan bahagian keuntungan rendah daripada syarikat sekutu dan syarikat usaha sama, pendapatan lain yang rendah, susut nilai tinggi di Malaysia, Indonesia dan Bangladesh serta pelunasan aset tidak ketara susulan pengambila­lihan operasi Nepal dan kos kewangan bersih tinggi.

Hasil bagi tempoh sembilan bulan itu dipacu terutamany­a daripada sumbangan Nepal, hasil tinggi yang dicatatkan dalam operasi di Sri Lanka, Kemboja, Bangladesh dan Indonesia dan impak terjemahan mata wang positif.

Mengenai prospek masa depan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata tahun 2016 terus mencabar bagi kumpulan dalam kebanyakan pasarannya terutamany­a di Malaysia, Indonesia, Singapura dan India ekoran persaingan sengit dan kenaikan perbelanja­an modal telah memberi kesan kepada keseluruha­n prestasi dan keuntungan.

“Dalam tempoh sederhana, kami menjangka kembali mencatatka­n prestasi kukuh terutamany­a di Celcom apabila pasukan pengurusan melaksanak­an pelan pemulihann­ya dan di XL dengan pelaksanaa­n lebih baik strategi dwijenaman­ya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia