Utusan Borneo (Sarawak)

Industri kewangan Islam tinjau inovasi untuk pelopori pertumbuha­n

-

KUALA LUMPUR: Industri kewangan Islam meninjau inovasi untuk mempelopor­i pertumbuha­n berikutan pembanguna­n pesat dalam teknologi, manfaat sosial dalam industri perkhidmat­an kewangan serta permintaan yang semakin meningkat di ekonomi pesat membangun.

Menyedari kepentinga­n inovasi dalam industri, Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabang­sa (INCEIF) semalam menganjurk­an Festival Inovasi Kewangan Islam (IFInnofest 2016).

Pengerusi IFInnofest Profesor Madya Dr Baharom Ab- dul Hamid berkata program sehari itu mengetenga­hkan penyelesai­an alternatif yang boleh ditawarkan oleh Kewangan Islam dalam menangani beberapa isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh dunia kewangan.

“IFInnofest merupakan platform untuk mempamerka­n penyelesai­an alternatif Kewangan Islam kepada ketidakten­tuan yang melanda ekonomi global dan landskap kewangan serta yang dibimbangi orang ramai.

“Kewangan Islam adalah tentang kepastian. Sistem ini tidak membenarka­n sebarang ketidakten­tuan,” katanya dalam ucapan perasmian IFInnofest 2016 di sini semalam.

Beliau berkata IFInnofest telah menarik idea-idea inovatif produk dan perkhidmat­an yang berdaya maju untuk dikomersil bagi memacu pertumbuha­n industri perkhidmat­an kewangan Islam.

“Lebih separuh daripada peserta yang hadir daripada industri, manakala selebihnya terdiri daripada ahli akademik dan dari badan-badan kawal selia.

“Kami menerima penghujaha­n idea daripada peserta industri selain daripada ahli akademik.

“Cadangan ini termasuk dari Jepun, Australia dan Pakistan, meliputi siri keseluruha­n sektor termasuk koperasi pendanaan ekuiti ramai bagi perumahan mampu milik, mata wang biasa Islam dalam era siber dan berasaskan Syariah, penyelesai­an Fintech sosio ekonomi,” katanya.

Acara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjay­a Tinggi Britain di Kuala Lumpur, Paul Rennie.

IFInnofest, hasil ilham Bank Negara Malaysia dan dianjurkan oleh INCEIF, bersama-sama dengan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia