Utusan Borneo (Sarawak)

Trump pilih dua wanita, seorang pengkritik, untuk kabinet

-

PALM BEACH: Donald Trump kelmarin mula memperluas­kan dasar kabinetnya dengan mencalonka­n dua wanita konservati­f termasuk seorang pengkritik, selepas pilihannya sebelum ini membalas budi penyokong yang setia berkempen untuknya sewaktu pilihan raya.

Pencalonan Trump bagi gabenor South Carolina berusia 44 tahun, Nikki Haley, sebagai duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan dilihat sebagai tanda bahawa dia bersedia untuk memaafkan segelintir musuh bagi menaikkan khemah yang lebih besar.

Namun pemilihan aktivis kaya Betsy DeVos, seorang juara alternatif kepada sekolah kerajaan tempatan, sebagai setiausaha pendidikan, adalah satu lagi kemenangan bagi golongan konservati­f sosial.

Bekas pencabar Trump dalam pemilihan calon presiden, pakar bedah saraf yang sudah bersara, Ben Carson, dipercayai akan dicalonkan seterusnya – dilaporkan sebagai setiausaha perumahan – selepas beliau menulis dalam media sosial bahawa pengumuman bakal dibuat.

Pemilihan Haley oleh Trump untuk PBB diumumkan ketika laporan menyebut Trump sedang menimbang seorang lagi pengkritik lantang – bekas gabenor Massachuse­tts, Mitt Romney – untuk jawatan penting setiausaha negara.

Ia menyusuli pertemuan mesra di antara Trump dengan akhbar The New York Times, sebuah akhbar yang beliau anggap memusuhiny­a, di mana beliau melembutka­n pendiriann­ya mengenai perubahan iklim, penyeksaan dan pendakwaan ke atas pen- cabarnya yang tewas, Hillary Clinton.

Taikun hartanah berusia 70 tahun itu juga memberitah­u Times beliau sedang “menimbang dengan serius sekali, serius sekali” untuk melantik jeneral bersara Marin yang disegani ramai James Mattis sebagai setiausaha pertahanan.

Jawatan duta PBB adalah setara dengan ahli kabinet dan jika Haley – seorang konservati­f tegar tanpa sebarang pengalaman dasar luar – disahkan oleh Senat, beliau akan menjadi seorang tokoh yang berpengaru­h dalam diplomasi dunia, walaupun pernah berbalah dengan Trump.

Sebagai seorang daripada dua wanita yang dicalonkan setakat ini untuk kabinet Trump, anak perempuan pendatang dari India itu turut menyuntik kepelbagai­an dalam kumpulan yang se- hingga sekarang hanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja.

Pada tahun lepas, selepas seorang aktivis ketuanan orang putih membunuh sembilan anggota gereja berkulit hitam di South Carolina, Haley menyokong keputusan oleh ahli dewan undangan negeri untuk menanggalk­an bendera Konfederat dari bangunan kerajaan.

Keputusan itu mengundang bantahan daripada kumpulan rasis. Pada tahun ini, ketika beliau berkempen untuk pencabar Trump dalam pemilihan calon presiden parti, Marco Rubio, Haley mengkritik Trump kerana kegagalann­ya untuk menolak kumpulan Ku Klux Klan (KKK).

“Saya tidak akan berhenti sehingga kita menentang seorang lelaki yang memilih untuk tidak menafikan KKK. Ia bukan sebahagian daripada parti kita. Itu bukan kita,” katanya.

Seperti yang dijangkaka­n, Trump menjawab dengan salah satu hinaannya dalam Twitter, dengan menyatakan: “Rakyat South Carolina dimalukan oleh Nikki Haley!”

Pemilihan Steve Bannon, ketua wadah berita haluan kanan Breitbart yang menggambar­kan diri sebagai “nasionalis ekonomi”, oleh Trump pada minggu lepas sebagai ketua pakar strateginy­a menggembir­akan golongan aktivis ketuanan orang putih.

Namun Selasa lepas, setelah video muncul yang menunjukka­n peminat gerakan yang dipanggil ‘ alt- right’ ( haluan kanan alternatif) membuat tabik tangan lurus dan melaung “Hail Trump” (Tabik Trump), bakal presiden itu menolak pergerakan tersebut. — AFP

 ??  ?? NIKKI HALEY
NIKKI HALEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia