Utusan Borneo (Sarawak)

Juruterban­g rali rentas Afrika ditahan di Habsyah

-

LONDON: Juruterban­g yang menyertai rali udara pesawat antik merentasi Afrika ditahan kelmarin oleh pihak berkuasa Habsyah, kata seorang jurucakap bagi acara tersebut.

Sebanyak 12 pesawat bersayap kembar dari zaman 1920-an dan 1930-an berlepas pada 12 November lalu dari pulau Crete di Greece, untuk memulakan penerbanga­n sejauh 13,000 kilometer ke Cape Town.

Namun tidak sampai dua minggu selepas mereka memulakan penerbanga­n, juruterban­g terbabit ditahan di lapangan terbang Gambella, barat Habsyah, dekat sempadan dengan Sudan Selatan, kata seorang jurucakap bagi acara Vintage Air Rally kepada AFP.

“Semua mereka berada di Gambella, Habsyah, dan pihak berkuasa Habsyah memutuskan untuk meletakkan mereka di penginapan kerajaan buat masa sekarang.

“Kami tidak dapat berkomunik­asi dengan mereka kerana mereka ( pihak berkuasa) sudah mengambil telefon dan iPad mereka,” kata jurucakap tersebut.

Dia mengesahka­n semua juruterban­g yang menyertai rali itu ditahan oleh pihak berkuasa Habsyah tetapi tidak menyebut sama ada mereka berdepan dengan penangkapa­n atau tidak.

Sebab untuk menahan semua juruterban­g terbabit belum diketahui, dan jurucakap itu berkata ia mungkin ada kaitan dengan masalah permit pendaratan, tetapi dia percaya laluan penerbanga­n mereka sudah diluluskan.

Vintage Air Rally membuat kenyataan itu sehari selepas penganjur berkata seorang juruterban­g British yang mengambil bahagian, Maurice Kirk, hilang dalam penerbanga­n selama tiga jam dari Sudan ke Habsyah.

Juruterban­g berusia 72 tahun itu, yang menyertai rali itu hanya pada Ahad lepas, seterusnya dilaporkan oleh Vintage Air Rally sebagai selamat di lapangan terbang Gambella bersama peserta lain.

Pasukan yang menyertai rali itu datang dari 12 buah negara termasuk Kanada, Perancis, Jerman, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Seorang jurucakap kementeria­n luar Britain memberitah­u AFP, mereka sedang menyiasat laporan tentang juruterban­g yang ditahan.

Juruterban­g terbabit tiba di ibu negara Sudan, Khartoum, pada Ahad lalu, selepas pada awal November mereka menjadi kumpulan pesawat pertama yang mendarat di piramid Giza, Mesir, dalam tempoh 80 tahun.

Pesawat bersayap kembar berkenaan pada asalnya dijadual tiba di Cape Town, Afrika Selatan, pada 17 Disember. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia