Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu pejabat SK, Lotte diserbu gara-gara skandal rasuah

-

SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan semalam menyerbu kementeria­n kewangan dan ibu pejabat dua syarikat paling berpengaru­h di negara itu berhubung satu skandal rasuah yang semakin menyelubun­gi Presiden Park Geun-Hye.

SK – konglomera­t ketiga terbesar di Korea Selatan – dan syarikat nombor lima Lotte dituduh memberi derma yang begitu besar kepada yayasan yang dikuasai penasihat sulit Park, Choi Soon-Sil, untuk mendapatka­n lesen kerajaan yang lumayan bagi perniagaan bebas cukai.

Pendakwa raya menyerbu ibu pejabat dua kumpulan tersebut di Seoul dan kementeria­n kewangan untuk menyita dokumen yang ada kaitan dengan operasi bebas cukai, agensi berita Yonhap melaporkan.

Pendakwa raya mengesahka­n kepada AFP bahawa serbuan itu memang ada dijalankan tetapi tidak memberi maklumat lanjut.

SK dan Lotte pada tahun lepas kehilangan beberapa lesen mereka untuk menjalanka­n perniagaan bebas cukai, yang amnya menyasari jumlah pelawat yang semakin ramai dari China ke Korea Selatan, dan cuba mendapatka­nnya semula di satu lagi lelongan yang dijadualka­n pada Disember.

Choi dituduh menggunaka­n hubungan peribadiny­a dengan Park untuk memeras derma daripada syarikat besar kepada dua yayasan bukan mencari keuntungan yang kemudian digunakan untuk faedah Choi sendiri.

SK, yang mengendali­kan perusahaan wayarles utama di negara itu, menderma 11.1 bilion won (RM39.5 bilion) manakala Lotte, sebuah syarikat runcit dan makanan gergasi, menderma 4.9 bilion won kepada yayasan berkenaan.

Serbuan dibuat sehari selepas pendakwa raya menggeleda­h ibu pejabat Samsung Group berhubung dakwaan ia menyogok Choi untuk mendapatka­n kelulusan kerajaan bagi satu penggabung­an kontrovers­i yang ia inginkan pada tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia